Coway Perkenal Siri Terbaru Lombok 3 | Coway Official
penapis-udara-lombok-3-coway-cover

Coway Malaysia telah memulakan langkah drastiknya dengan memperkenalkan siri terbaru model penapis udara Lombok iaitu Lombok 3.

Jenama besar sentiasa menaiktaraf teknologi mereka demi kepuasan pelanggannya. Iphone dari 1 sampai 11. Samsung note dari 1 sampai 20. Proton juga kerap naik taraf model saga. Dan begitu juga syarikat Coway sentiasa menaik taraf penapis air dan udaranya selari dengan teknologi.

Penapis udara Lombok 3 ini direka dengan bercirikan konsep moden dan ianya bukan sekadar menapis udara tapi anda dapat kenalpasti indeks udara di persekitarannya. Anda masih lagi dilindungi oleh RBD Plasma dan Ioniser.

Harga promosi Lombok 3 Coway sekarang adalah RM109 sebulan dan belian tunai RM3,490.

penapis udara lombok 3 coway 1

Model sebelumnya Lombok 2 telah berada di dalam pasaran selama hampir 8 tahun. Model ini menjadi sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kelebihan Lombok 2 boleh dikatakan mempunyai fungsi lengkap diantara model penapis udara coway.

Kita masih lagi diselubungi dengan  wabak COVID-19 sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hingga kini belum menunjukkan tanda ia akan berakhir.

Tahukah anda jualan Lombok 2 pada masa PKP adalah yang paling terlaris dan hingga kini penapis udara ini dikenali dengan fungsi mematikan kuman dan virus yang berlegar di udara.

kelebihan-lombok-2-coway

Sehingga kini, sambutan yang diterima sangat mengalakkan. Ramai rakyat Malaysia yang cakna dan perlu berjaga-jaga dengan wabak COVID-19 yang melanda ini terutama apabila berada di dalam rumah.

Pengguna juga sering merasa tenang aman dan selesa dengan persekitaran apabila menggunakannya. Dan mereka tidak perlu risau lagi dengan tahap kualiti udara di rumah.

Model terbaru Lombok 3 adalah hasil rekaan semula Lombok 2 untuk menepati citarasa yang lebih moden dan bukan hanya sekadar menapis udara.

Anda akan dapat tahu indeks kualiti udara di dalam rumah anda! Indikator yang terdapat pada Lombok 3 ini akan menunjukkan statusnya apabila ia mula menapis udara dikawasan sekitarnya.

Mesti ramai tertanya-tanya apa bezanya penapis udara Lombok 2 VS Lombok 3 kan?

beza-lombok2-vs-lombok3

Jika dilihat dalam gambar perbandingan di atas, jelas bahawa Lombok 3 mempunyai “fine dust filter” yang menggantikan “legionella filter” seperti yang ada pada Lombok 2.

3 CIRI TAMBAHAN

1) FINE DUST INDICATOR

Tahukah anda bahawa penapis Legionella pada Lombok 2 ini digunakan di Korea dimana ianya sesuai untuk 4 musim dan memfokuskan masalah flu (selesema). Akan tetapi ia kurang sesuai untuk musim di Malaysia. Kita sering dilanda dengan musim debu, jerebu, habuk, banjir dan lain-lain.

fine-dust-indicator-lombok3

Justeru, produk coway sekarang fokus pada masalah sesuatu tempat. “Fine dust filter” adalah pilihan tepat yang perlu ada dalam Lombok 3 bagi menggantikan legionella. Ia menapis habuk dan debu-debu halus di kawasan sekitarnya. Fine dust indicator menjadi pengukur status tahap kualiti udara.

Sebelum ini, ukuran untuk habuk pada lombok 2 ialah PM10, tapi dengan Lombok 3 menjadi sangat kecil iaitu PM2.5.

saiz-zarah-tercemar

PM ialah “Particular Matter” dimana ia adalah saiz zarah yang tercemar. Semakin kecil nilai PM, semakin halus saiz zarah tercemar yang dikesan.

Bayangkan, diameter sehelai rambut manusia ialah 70 mikrometer. PM2.5 adalah 30 kali ganda kecil daripada itu.

tahap-kualiti-udara-lombok3-coway

Kini, ukuran PM2.5 menjadi sangat popular dalam pembuatan penapis udara di Malaysia. Secara tak langsung, Lombok 3 mempunyai sensor yang mempunyai sensitiviti tinggi untuk kesan zarah yang tercemar.

Anda akan dapat lihat warna pada indikator berubah dari merah -> kuning -> hijau -> biru. Merah menandakan tahap kualiti udara yang teruk manakala biru adalah sangat baik.

2) ELEGANCE LIGHT

Lampu moden melengkapkan lagi fungsi penapis udara lombok 3 ini. Anda dapat lihat warna berubah mengikut tahap status kualiti udara anda.

fine-dust-indicator-lombok3-coway

3) TOUCH BUTTON

Lombok 3 juga dilengkapi fungsi ‘touch button’ dimana pengguna hanya sentuh sahaja untuk menukar fungsi lain. Ini sekaligus menepati citarasa moden pengguna di Malaysia.

touch-button-lombok3-coway

Kesimpulannya, penapis udara Lombok 3 menjadi pilihan terbaik untuk pengguna yang ingin tahu tahap kualiti udara di dalam rumah mereka.  Dengan tambahan fungsi ‘fine dust filter’ sekaligus menjadikan ia paling terbaik antara penapis udara coway.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan penapis udara coway Lombok 3 ini, boleh terus hubungi Aril di talian 013-905 0467 atau terus klik link wasap ini.

Aril Agen Sah Coway Malaysia

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error:
DISKAUN RM200 + PEMASANGAN PERCUMA!