Kecil Coway Memenuhi Citarasa Rakyat Malaysia | Coway Official
penapis-air-kecil-coway-cover

Tanggal 1 Julai 2020, Coway Malaysia telah melancarkan model baru penapis air yang diberi nama KECIL dengan kelebihan pengaliran air secara terus hanya dengan satu sentuhan!

Penapis air Kecil ini direka dengan konsep minimalis dengan teknologi pengaliran air secara terus (direct).

Harga promosi Kecil Coway sekarang adalah RM99 RM115 sebulan dan belian tunai RM3,590.

penapis-air-coway-kecil-pintar

Bagaimanakah timbulnya idea untuk menghasilkan Kecil ini? ia adalah lanjutan dapatan soal selidik pihak Coway dari 4,488 rakyat Malaysia untuk mengkaji keperluan dan kehendak mereka.

Hasil dapatan kaji selidik yang dibuat, berikut adalah apa yang mereka inginkan:-

  • Rekabentuk slim
  • Pengaliran air secara terus (direct)
  • Sentuhan digital
  • Kawalan suhu air
  • Air panas segera (instant)
  • Kawalan isipadu air

Adakah ciri diatas dapat memenuhi keperluan dan citarasa anda? Ini bermakna anda tergolong dalam golongan yang sesuai untuk memiliki penapis air model Kecil ini.

Di dalam dunia yang serba moden ini, rakyat Malaysia semakin gemar untuk mengamalkan gaya hidup minimalis atau erti kata lain ‘mudah’ atau ‘simple’.

Termasuklah apa sahaja perabot di rumah yang boleh dikurangkan atau diminimakan sebanyak mungkin.

Kecil menepati konsep minimalis dimana anda dapat menjimatkan ruang dapur dengan saiznya yang kecil dan ‘slim’. Ia juga amat mudah dialih dengan berat hanya seberat 10kg sahaja!

penapis air kecil coway 2

Kecil tapi mantap! Itulah yang boleh diperkatakan pada model ini disebabkan teknologi yang digunakan dapat memudahkan kerja seharian anda di dapur disamping tidak membebankan ruang.

6 KELEBIHAN

1) LEBAR 7 INCI

Saiz penapis air Kecil adalah kecil dengan lebar hanya sebesar 7 inci sahaja berbanding dengan model NEO yang mempunyai lebar 10 inci. Ini bermakna Kecil kurang 3 inci lebih ‘slim’ daripada model neo.

Dengan kelebihan ini dapat menjimatkan ruang dan anda boleh muatkan ianya di ruang yang sempit.

penapis air kecil coway 1

2) 1 SENTUHAN KAWALAN

Kecil dilengkapi dengan sentuhan digital kawalan untuk pengeluaran air. Hanya dengan 1 sentuhan, air akan mengalir mengikut apa yang anda tetapkan. Fungsi ini jika diperhatikan seakan sama dengan model Petit.

penapis air kecil coway 6

Tak perlu lagi anda memusingkan tombol atau ‘knob’ seperti yang ada pada model lain. Fungsi ini dapat memudahkan anda untuk menggunakan Kecil ini.

3) AMBIL AIR SUHU BILIK SEPANTAS 0 SAAT

Pernah tak anda impikan untuk mendapatkan air suhu bilik dalam kuantiti banyak dalam 1 masa? Kini anda tak perlu runsing lagi dengan adanya penapis air Kecil. Anda boleh miliki air sebanyak dan sepantas mungkin tanpa had selama 24 jam sepanjang hari.

coway-kecil-direct-water

4) TETAPAN 5 SUHU

Kecil mempunyai 5 tetapan suhu pilihan iaitu KOPI, TEH, SUSU BAYI, SEJUK dan BIASA. Jadi, anda boleh pilih mengikut tetapan yang anda inginkan dengan hanya sentuhan mudah.

KOPI – 80°C ~ 85°C

TEH – 65°C ~ 75°C

SUSU BAYI – 40°C ~ 50°C

penapis air kecil coway 4

Segalanya sudah disediakan untuk anda. Anda hanya pilih mengikut kegunaan anda setiap hari. Mudah kan?

5) AMBIL AIR PANAS SEPANTAS 3 SAAT

Sebelum ni kita sering mengeluh nak dapatkan air panas bila mana anda terpaksa tunggu beberapa minit sehingga air dah betul panas dan barulah boleh diambil.

Tapi tidak lagi dengan adanya penapis air Kecil ini. Kecil membolehkan anda ambil air panas sepantas 3 saat dan secara berterusan sekaligus menjimatkan masa. Anda boleh mengambilnya sepanjang 24 jam setiap hari!

Pengeluaran air panas ini adalah ‘instant’ tanpa tangki. Cepat tak terkata!

6) 4 JENIS KAWALAN ISIPADU AIR

Anda juga dapat memilih 4 tetapan isipadu air yang diinginkan iaitu 250, 500, 1000ml atau ‘Continuous’. Setiap had mempunyai fungsi bagi kegunaan seharian anda.

1 Cawan =  250mL (Sesuai untuk teh, kopi, susu bayi dan air untuk diminum)

2 Cawan = 500mL (Sesuai untuk buat kek dan memasak)

Periuk = 1000mL (Sesuai untuk isi air dalam botol dan jug)

‘Continuous’ = Pengeluaran Terus (Sesuai untuk mandikan bayi dan simpan air dalam bekas yang besar)

CIRI TAMBAHAN

1. CHILD SAFETY LOCK

Semua model penapis air coway  termasuk Kecil yang ada air panas akan ada fungsi “child lock“. Fungsinya untuk mengelakkan anak kecil anda dari terkena air panas.

coway-kecil-child-safety-lock

Apabila butang ini disentuh selama 5 saat, secara automatik air panas anda tidak berfungsi. Dan jika anda nak guna air panas, sentuh butang ini semula untuk mengaktifkan ia kembali.

2. TAMBAHAN FAUCET

Tambahan faucet bertujuan untuk mengelakkan daripada air panas melimpah semasa pengambilan air. Jadi anda tak perlu risau lagi dengan penggunaan faucet tambahan ini! hanya tukar sahaja dengan yang sedia ada jika diperlukan.

coway-kecil-additional-hot-water-faucet

Penapis air Kecil merupakan model ‘PINTAR’ yang disarankan kepada mereka yang mempunyai rumah kecil seperti kondominium, bajet mampu milik dengan teknologi canggih, mahukan pengaliran air secara terus, inginkan sentuhan digital dan saiz keluarga yang sederhana.

Menurut Harian Metro, Kyle Choi berkata “Nama Kecil itu juga diambil sempena nama pepatah Malaysia iaitu ‘kecil-kecil cili padi’ dan perumpamaan ‘sang kancil yang kecil, tetapi bijak.’

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan penapis air coway Kecil ini, boleh terus hubungi Aril di talian 013-905 0467 atau terus klik link wasap ini.

Aril Agen Sah Coway Malaysia

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error:
DISKAUN RM200 + PEMASANGAN PERCUMA!