7 Cara Jimat Sebelum Beli Penapis Air Coway | Coway Official
7-cara-jimat-sebelum-beli-penapis-air-coway-2022

Mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana cara nak jimat banyak sebelum melanggan atau membeli penapis air coway ini.

Majoriti dari pelanggan coway hanya mengikut kehendak dan terikut-ikut orang lain.  Disinilah peranan agen coway untuk beri nasihat sewajarnya kepada mereka untuk memilih penapis air yang betul.

Citarasa setiap orang tak sama. Ada daripada mereka yang nak harga yang murah, ada yang nak kegunaan berbaloi untuk isi rumah mereka tanpa memikirkan soal bajet, ada yang suka air sejuk dan banyak lagi.

Dan sudah tentulah ramai yang merebut promosi yang sentiasa dikemaskini oleh Coway Malaysia sendiri tanpa melihat keperluan mereka terlebih dahulu.

Anda perlu tahu Promosi Coway 2022 yang aril sentiasa kemaskini dari masa ke masa. Dimanakah posisi anda sama ada sebagai pengguna baru atau lama dan lihat promosi yang berkait dengan status anda.

Aril senaraikan 7 cara jimat merangkumi keseluruhan promosi 2022 yang pasti menguntungkan anda!

1. Belian Tunai (Outright)

Umum mengetahui bahawa produk Coway boleh didapati secara Tunai (outright) ataupun Sewa Beli (rental). Lihat perbezaan kaedah sewa beli vs tunai yang mana lebih menguntungkan.

Dapat disimpulkan bahawa anda boleh jimat banyak dengan belian secara Tunai penapis air Ombak sehingga Rm2000! Begitu juga dengan model penapis air yang lain.

Dibawah ini aril senaraikan berapa banyak yang anda boleh jimat dengan belian tunai berbanding sewa beli mengikut model penapis air coway.

jimat-tunai-penapis-air-coway

Tak tahu macam mana boleh dapat jumlah penjimatan tu? Jangan risau, aril boleh kirakan untuk anda. Boleh klik link wasap ini untuk khidmat nasihat.

2. Promosi Combo

Tahukah anda sekiranya anda membeli 1 penapis air coway dan 1 penapis udara coway dalam masa yang sama boleh jimat banyak!

Promosi ini hanya sah kepada pengguna baru khas yang mempunyai KAD KREDIT sahaja. Hanya agen tertentu sahaja diberi keistimewaan oleh coway untuk submit menggunakan KAD DEBIT.

Fikir sebaiknya jika anda ingin ambil secara berasingan atau sekaligus.  Ini boleh menjimatkan anda pada masa akan datang. Dibawah ini aril sertakan gambar promosi combo tahun 2022.

promosi-pakej-combo-coway-terbaru-2022

Jadi, berapa banyak yang saya boleh jimat dengan promosi combo ini? Sila lihat jadual dibawah yang aril sertakan ini bersama jumlah penjimatan promosi combo mengikut model penapis air dan udara coway.

jimat-promosi-combo-coway

Tak tahu macam mana boleh dapat jumlah penjimatan tu? Jangan risau, aril boleh kirakan untuk anda. Boleh klik link wasap ini untuk khidmat nasihat.

3. RM 0 Yuran Pendaftaran

Ya! sekarang ini syarikat Coway berbesar hati untuk memberi anda percuma diskaun pendaftaran sebanyak Rm200. Jadi, anda tidak perlu bayar sebarang yuran / deposit pendaftaran untuk miliki produk coway ini.

Promosi ini masih diteruskan sehingga kini. Rebutlah peluang promosi sekarang sebelum terlambat. Mana lah tahu selepas ini polisi coway mengenakan semula caj pendaftaran.

penapis-air-coway-jimat-2022

Promosi ini sah pada mana-mana model penapis air dan udara coway.

4. Beli Ombak Dapat Freegift

Penapis air Ombak ni sangat istimewa berbanding penapis air model lain. Sebabnya Coway hanya bagi freegift untuk model ini sahaja dan tidak pada model lain.

Freegift yang diberikan ialah 3X Mineral Filter. Satu mineral filter mempunyai jangka hayat selama 6 bulan. Jadi anda boleh dapat air mineral selama 18 bulan (ombak secara asasnya guna filter RO). Nilainya sudah tentu bernilai ratusan ringgit!

freegift-penapis-air-ombak-mineral-filter

Dan Aril pun akan bagi freegift tambahan bernilai RM100 dekat anda jika beli mana-mana penapis air atau udara coway. Best kan?

Semua sedia maklum model Ombak ini direka khas untuk rakyat Malaysia dan tiada di negara lain! Sudah tentu Coway ingin memenuhi keperluan rakyat malaysia dengan model ombak ini.

Model Ombak dengan 50 tetapan suhu sangat sesuai untuk para isteri dan ibu di dapur dengan isi tangki air panas antara yang terbesar berbanding model lain seterusnya memudahkan tugas hakiki mereka ketika di dapur.

5. Promosi Neo Plus 65 

Penapis air Neo Plus adalah model yang paling bajet, mampu milik dan paling popular. Dilengkapi 3 suhu iaitu panas, sejuk dan suhu bilik. Harga asal model ini ialah Rm109 bulanan / Rm3640 tunai.

Terdapat 2 Promosi Neo Plus sekarang ini iaitu Rm85 untuk tempoh kontrak 5 tahun dan Rm65 untuk tempoh kontrak selama 7 tahun.

Jika anda membandingkan diskaun untuk kontrak 5 tahun, anda tolak sahaja dari harga asal Rm109 untuk 5 tahun.

Rm109 – Rm85 = Rm24

Diskaun jimat Rm24 bulanan atau Rm1440 untuk 5 tahun.

Ini menjadikan model Neo Plus adalah yang paling murah antara penapis air coway dengan fungsi lengkap 3 suhu asas dengan penjimatan sebanyak Rm1440!

Neo Plus juga menawarkan promosi kontrak tempoh jangka panjang iaitu selama 7 tahun dengan hanya Rm65 bulanan sahaja. Apa yang menarik ialah servis dan waranti percuma selama 7 tahun!

Boleh lah hadiahkan penapis air kepada kedua ibu bapa anda di kampung dengan promosi jimat ini. Inilah masanya untuk berbakti!

promosi-neo-plus-coway

Jadi, sangatlah rugi jika anda tak rebut promosi Neo Plus ini sebab promosi ini bila-bila sahaja akan berakhir. Hari-hari ada sahaja tempahan untuk model ini. Memang laku kerasss!!

6. Promosi Tukar Produk Lama Ke Baru (Ex-Trade)

Anda sudah ada produk penapis air Coway yang lama dan ingin tukar kepada yang baru? Promosi ini ditujukan khas untuk anda.

promosi tukar produk lama ke baru coway

Jika model baru yang diinginkan mempunyai harga bulanan melebihi RM100, anda dapat diskaun RM10 bulanan. Dan jika harga model baru di bawah RM100, diskaun RM5 bulanan diberikan.

Tak nak sewa beli lagi dan nak beli secara belian tunai? Anda terpaksa jimat 20% daripada belian tunai model baru yang anda inginkan. Banyak jimat kan?

Model lama mestilah dipulangkan kepada pihak Coway dalam keadaan yang baik.

7. Promosi Jom Tukar Ombak

Anda mempunyai penapis air selain dari jenama Coway? Tak perlu risau, promosi ini memang khas untuk anda. Marilah tukar kepada Ombak yang canggih dan menawan di hati.

Tak perlu beri penapis air lama itu kepada pihak Coway. Anda layak dapat diskaun Rm10 bulanan untuk Ombak. Harga dari Rm140 turun kepada Rm130 sahaja bulanan. Manakala untuk belian tunai dari Rm4300 kepada Rm3440 sahaja.

promosi-jom-tukar-penapis-air-coway-ombak-2022

Banyak betul boleh jimat kan? Rugilah kalau anda masih berpeluk tubuh lagi nak fikir berbaloi ke tidak. Dah memang jelas diskaun depan mata kan. Masa inilah untuk anda bertindak segera sebelum promosi ini tamat!

Semoga perkongsian aril ini anda dapat manfaatkan sebelum beli penapis air coway. Mudah-mudahan sedikit sebanyak membantu menjimatkan wang poket anda.

Sekiranya anda ingin dapatkan khidmat nasihat mengenai produk penapis air dan udara Coway, boleh terus hubungi Aril di talian 013-905 0467 atau terus klik link wasap ini.

Aril Agen Sah Coway Malaysia

error:
DISKAUN RM200 + PEMASANGAN PERCUMA!