
Pada tahun 2020 ini, syarikat Coway Malaysia masih lagi mengekalkan 2 cara pembelian iaitu secara Tunai atau Sewa Beli untuk produk penapis air dan udara mereka.
Tak dinafikan masih ramai lagi yang keliru dengan kaedah ini. Besar kemungkinan tidak menerima maklumat yang betul atau kurang jelas daripada agen sendiri.
Ini menyebabkan anda membuat keputusan yang kurang tepat dan akibatnya mengalami kerugian yang lebih besar dari segi wang ringgit.
Mari aril kupaskan perbezaan 2 kaedah ini dengan pemahaman yang lebih mudah.
1. Sewa Beli
Sewa beli atau bahasa mudahnya anda menyewa produk Coway dengan suatu pilihan untuk membeli dan memeterai suatu perjanjian dengan pemilik (syarikat Coway) bagi pembelian menerusi ansuran pada tempoh tertentu.
Tempoh kontrak produk Coway kebiasaannya adalah selama 5 tahun. Sekiranya anda melalui kaedah ini, anda perlu membayar ansuran setiap bulan sehingga tamat tempoh 5 tahun. Tamat sahaja tempoh, produk menjadi hak milik anda yang sah.
Dalam tempoh 5 tahun ini jugak, anda berhak mendapatkan SERVIS & WARANTI secara PERCUMA!
- PEMASANGAN PERCUMA
- SERVIS SETIAP 2 BULAN
- TUKAR FILTER SETIAP 4/6 BULAN
- KOS ALAT GANTI SEPERTI FILTER DLL
- KOS UPAH SERVIS
- SANITASI TANGKI
- WARANTI MOTOR DAN ELEKTRIKAL
- PEMASANGAN SEMULA SETAHUN SEKALI (SEKIRANYA BERPINDAH)
Minima kontrak yang ditetapkan Coway ialah 3 tahun. Tamat sahaja tempoh ini, anda dibenarkan untuk hentikan bayaran ansuran tanpa perlu habiskan tempoh 5 tahun.
Tapi perlu diingat bahawa status produk masih belum sah menjadi milik anda dan produk akan diambil semula oleh pemilik (syarikat Coway).
“Bagaimana sekiranya saya ingin tamatkan bayaran ansuran walaupun belum sampai 3 tahun lagi?”
Sekiranya situasi ini berlaku, anda akan dikenakan caj penalti sebanyak 50% dari baki jumlah bulanan yang masih tertunggak (dari tempoh ingin buat pemberhentian hingga 3 tahun) dan memulangkan semula produk ini kepada pemilik.
Sebagai contoh, bulanan penapis air Ombak adalah Rm140. Anda ingin “terminate” pada tahun ke-2. Jadi ada lagi baki 12 bulan hingga tahun ke-3. Caj penalti yang perlu dibayar ialah 12 x 140 x 50% = Rm840 dan penapis air ini dipulangkan semula kepada Coway.
Selepas tempoh 5 tahun, produk sah menjadi milik anda dan untuk tahun berikutnya anda perlu melanggan “Service Membership” untuk teruskan servis & waranti dengan harga berpatutan secara tahunan mengikut model produk.
Seandainya selepas tempoh ini anda berniat ingin menukar ke produk Coway yang baru (kategori yang sama), anda boleh dapatkan diskaun bulanan sehingga Rm10.
2. Tunai
Belian secara tunai ialah membayar wang penuh untuk harga sesuatu produk. Tidak dibayar secara sedikit-sedikit seperti sewa beli yang sudah tentunya lebih mahal mengikut perkiraannya.
Kelebihan tunai adalah dari segi status produk iaitu produk terus menjadi hak milik kita yang sah. Kekurangannya pula ialah anda memerlukan cukup wang untuk membayar produk Coway yang nilaiannya adalah ribuan ringgit.
Kini, syarikat Coway memberikan servis percuma selama 2 tahun! Tidak seperti kebiasaan tahun-tahun sebelum ini hanya 1 tahun sahaja.
Selepas tamat servis 2 tahun, untuk tahun berikutnya anda perlu melanggan “Service Membership” untuk teruskan servis & waranti dengan harga berpatutan secara tahunan mengikut model produk.
Sekiranya anda mempunyai kemampuan wang ringgit, inilah kaedah tepat yang perlu anda pilih. Penjimatan boleh cecah sehingga Rm2000 melalui kaedah ini mengikut model produk!
3. Sewa Beli VS Tunai
Jadi, mana satu pilihan anda? aril nak mengajak anda untuk buat kira-kira penjimatan yang anda dapat daripada perbandingan 2 kaedah ini.
Contoh #1:
Model Penapis Air: Ombak
Caj Service Membership (tahunan) = Rm680 (boleh rujuk jadual disini)
KAEDAH SEWA BELI
Bulanan = Rm140, Kontrak 5 Tahun (servis dan waranti percuma)
5 tahun = 5 x 12 bulan = 60 bulan
Jumlah = 60 x 140 = Rm8400
KAEDAH TUNAI
Belian tunai = Rm4300, Servis & Waranti 2 Tahun (percuma)
Caj Service Membership (tahunan) = Rm680
Ambil kira perbandingan tempoh 5 Tahun,
Baki tahun = 3 tahun
Jumlah Caj Service Membership = 3 x 680 = Rm2040
Jumlah = 4300 + 2040 = Rm6340
————————
Jumlah Penjimatan (Tunai) = 8400 – 6340 = Rm2060 (kos yang anda jimat!)
Contoh #2:
Model Penapis Udara: Lombok 2
Caj Service Membership (tahunan) = Rm566 (boleh rujuk jadual disini)
KAEDAH SEWA BELI
Bulanan = Rm104, Kontrak 5 Tahun (servis dan waranti percuma)
5 tahun = 5 x 12 bulan = 60 bulan
Jumlah = 60 x 104 = Rm6240
KAEDAH TUNAI
Belian tunai = Rm3110, Servis & Waranti 2 Tahun (percuma)
Caj Service Membership (tahunan) = Rm566
Ambil kira perbandingan tempoh 5 Tahun,
Baki tahun = 3 tahun
Jumlah Caj Service Membership = 3 x 566 = Rm1698
Jumlah = 3110 + 1698 = Rm4808
————————
Jumlah Penjimatan (Tunai) = 6240 – 4808 = Rm1432 (kos yang anda jimat!)
Kesimpulan
Peribahasa yang paling tepat ialah “Ukur Baju Dibadan Sendiri“. Sekiranya anda seorang yang berkemampuan, aril menggalakkan anda untuk mengambil penapis air coway atau penapis udara coway secara Tunai.
Tapi harus diingat selepas sahaja tamat tempoh servis percuma, anda perlu melanggan setiap tahun “Service Membership” untuk dapatkan semula jaminan servis dan waranti anda.
Sekiranya anda mempunyai wang yang cukup-cukup sahaja untuk bayaran setiap bulan, sewa beli adalah pilihan yang tepat.
Aril hanya tunjukkan jalan sahaja, segala keputusan di tangan anda!
Jom lihat Promosi Terbaru Coway 2020. Mana tahu anda boleh jimat banyak dengan promosi yang ada.
Sekiranya anda ingin dapatkan khidmat nasihat mengenai produk penapis air dan udara Coway, boleh terus hubungi Aril di talian 013-905 0467 atau terus klik link wasapini.
- January 7, 2020
- Perbandingan, Tips