Coway Villaem 2 Versi Terbaru Lebih Moden | Coway Official
coway villaem 2

Coway VILLAEM 2 adalah model versi baru Villaem yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini di corong-corong media.

Model ini baru sahaja dilancarkan pada bulan mac 2019. Ia adalah model coway sedia ada di dalam pasaran dan telah diubahsuai dari pelbagai aspek yang lebih moden dan merupakan generasi ke-dua model ini.

Sudah tentu terdapat perbezaan antara model baru ini dengan yang asal. Syarikat coway malaysia tidak lagi meneruskan produksi (discontinue) untuk model versi lama iaitu villaem.

villaem vs villaem 2

Jom ikuti beberapa kriteria penting dalam buat perbandingan model baru dan lama.

4 Perbandingan Villaem VS Villaem 2

1. Sistem Penapisan

Filter (penapis) yang digunakan bagi kedua model ini adalah sama iaitu masih mengekalkan filter membran RO (Reverse Osmosis).

Lihat beberapa perbezaan air mineral vs RO vs alkali.

coway ro filter

Filter lain seperti Neo-sense filter, plus inno-sense filter, dan antibacterial filter masih dikekalkan seperti sebelumnya.

Sistem penapisan yang telah dibina ini hasil daripada penyelidikan tempoh panjang telah menghasilkan air RO yang terbaik dalam sejarah coway dan tidak menjadi keperluan lain untuk mengubahsuai sistem yang sedia ada.

2. Reka Bentuk

Reka bentuk adalah berbeza dari segi tona warna. VILLAEM 2 mempunyai warna perak (silver) di bahagian tengah (sama seperti model petit) dan di bahagian kiri kanannya masih mengekalkan warna putih.

coway villaem 2

Reka cipta lampu led (penunjuk suhu) di bahagian atas menggunakan stail “bullet” manakala versi asal adalah menegak.

Warna reka bentuk lever (tuil atau pemegang) adalah sepenuhnya mempunyai tona warna perak. Bentuk butang “child safety lock” mencengkung ke dalam lebih mudah dan selesa ditekan.

Child safety lock coway villaem 2

Kesimpulannya, reka bentuk versi baru ini lebih moden dan kemas. Dari sudut penunjuk suhu pula nampak lebih mudah baca kawalan suhu dan aras air dalam tangki.

Sebagai contoh, sekiranya dilihat 3 dot LED sahaja menyala dari 4 dot, bermakna suhu air sekarang adalah 75% daripada suhu maksima, begitu juga jumlah air dalam tangki.

four water temperature coway villaem 2

Kini, anda tidak perlu lagi meneka sejauh mana suhu dan paras air yang tinggal. Segalanya makin mudah dibaca.

3. Mesra Pengguna

Model versi baru Villaem 2 lebih mesra digunakan dari mula menekan butang suhu yang diinginkan sehinggalah anda ketahui jumlah air di dalam tangki.

Versi lama menggunakan getah pads button “cold ambient”. Kekurangannya adalah apabila digunakan terlalu kerap, cengkamannya semakin longgar. Dan menyebabkan kesukaran dalam memilih suhu yang diinginkan.

Getah ini juga berpotensi untuk putus dan koyak jika digunakan dalam tempoh yang panjang. Bila ia berlaku, butang semakin sukar untuk dilaraskan.

faucet-and-water-temperature-knob-coway-villaem2

Tidak seperti model baru yang tidak lagi menggunakan getah ini sebagai pelaras. Tombol yang digunakan sama seperti tombol radio di dalam kereta. Anda boleh putarkan pada bila-bila masa dengan mudah dan selesa tanpa sebarang risiko.

4. Harga

Harga bagi model versi baru adalah RM120 berbanding RM118 bagi model lama. Tempoh sewaan adalah selama 5 tahun. Hanya ada penambahan sebanyak RM2 sahaja setiap bulan.

Jika hendak dibandingkan dari segi kelebihan yang ada pada versi baru, harga tidak menjadi suatu isu penting untuk dibahaskan.

villaem 2 rumah pelanggan

Model ini adalah model terbaik yang dihasilkan coway disebabkan “booster” yang ada di dalamnya. Jadi ia dapat membantu untuk kediaman yang mempunyai tekanan air yang agak rendah.

Anda mungkin berminat untuk tahu sebab kenapa perlu pilih coway sebagai pilihan penapis air terbaik di rumah anda.

Nak tahu apa keistimewaan model ini yang boleh dikatakan diantara model yang popular dan terlaris, anda perlu lihat kelebihan Villaem 2.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan penapis air coway Villaem 2 ini, boleh terus hubungi Aril di talian 013-905 0467 atau terus klik link wasap ini.

Aril Agen Sah Coway Malaysia

error:
DISKAUN RM200 + PEMASANGAN PERCUMA!