Air minuman yang bersih dan berkualiti sangat penting untuk tubuh badan kita. Tapi, mana satu pilihan terbaik? Adakah air mineral, air Reverse Osmosis (RO), atau air alkali seperti yang ditawarkan oleh Coway?
Dalam artikel ini, kita akan bincangkan perbezaan utama setiap jenis air ini, kelebihan, dan kelemahannya. Dan anda perlu tahu kenapa anda perlu pilih Coway sebagai penapis air pilihan anda.
Jika anda ingin tahu air mana yang paling sesuai untuk keperluan anda, teruskan membaca!
Apa Kriteria Air Minuman Yang Selamat?
Sebelum kita masuk ke topik utama, penting untuk tahu 3 kriteria utama air minuman yang selamat:
- Bebas bahan kimia & logam berat
Air berkualiti tinggi tidak seharusnya mengandungi bahan seperti plumbum, arsenik, atau merkuri yang boleh merosakkan kesihatan. - Bebas kuman & bakteria
Kuman seperti E. coli dan Salmonella boleh menyebabkan penyakit serius. Penapisan air yang baik sangat penting untuk mengelakkan risiko ini. - pH dan kandungan mineral yang seimbang
Air minuman yang baik perlu mempunyai kandungan mineral seperti kalsium dan magnesium, atau sekurang-kurangnya pH yang sesuai dengan tubuh.
Dengan memahami kriteria ini, anda akan lebih yakin dalam membuat pilihan.
Mari aril tunjukkan anda jenis air yang dihasilkan oleh penapis air coway ini. Setiap daripadanya ada teknologi dan jenis air yang dihasilkan mengikut keperluan pengguna.
3 jenis air yang dihasilkan:
- Air Mineral
- Air Tulen Reverse Osmosis (RO)
- Air Alkali
Air Mineral
Air mineral adalah air yang mengandungi mineral atau bahan-bahan larut lain yang mengubah rasanya atau memberinya nilai terapeutik.
Air mineral di Malaysia didapati dengan 2 cara:
1) Air bawah tanah (Semulajadi)
Air yang mengandungi beberapa mineral semula jadi dari dalam tanah. Tanah akan dikorek dan dipam naik. Air ini akan melalui proses penyulingan untuk membuang kuman dan logam berat dan kemudian dibotolkan.
2) Air paip yang disuling (Dirawat)
Setelah menjalani proses pembersihan untuk menghilangkan bakteria dan bahan kimia dalam air, kadar mineral dalam air juga akan dikurangkan.
Coway menggunakan teknologi nanotrap filter untuk menapis air paip yang masuk ke rumah. Teknologi ini menapis sehingga 0.001 micron. Ia menapis virus, bakteria, klorin & kebanyakan logam berat menggunakan nanofiber yang dipaten salutan electrospun.
Air ini mengandungi mineral seperti zat besi, kalsium dan magnesium dan bahan terlarut yang mengubah sedikit rasa air menjadi lebih sedap.
Kelebihan Air Mineral
- Mengandungi mineral semula jadi yang baik untuk tulang, otot, dan sistem saraf.
- Rasa lebih segar berbanding air biasa kerana kandungan mineral.
Kelemahan Air Mineral
- Sesetengah jenama mungkin mengandungi sodium yang tinggi, tidak sesuai untuk individu dengan masalah kesihatan tertentu.
- Tidak semua jenama mempunyai proses penapisan tambahan untuk memastikan air bebas sepenuhnya daripada bahan cemar.
Penapis air coway yang menggunakan tapisan air mineral ialah Kecil, Dazzie & Harry.
Air Reverse Osmosis (RO)
Air tulen datang dari pelbagai sumber tetapi telah disucikan, ditapis atau dirawat untuk mengeluarkan bahan-bahan kimia atau cemar.
Jenis-jenis penulenan termasuk penyulingan, deionization, osmosis songsang, dan penapisan karbon. Kesemua bahan kimia yang berbahaya telah dinyah keluar dari air tersebut.
Coway menggunakan Osmosis Songsang (RO) sebagai proses penapisan air. Proses ini menggunakan tekanan bagi menapis larutan melalui RO membrane filter sehingga 0.0001 mikron untuk menapis bahan berbahaya seperti bakteria, bahan logam seperti plumbum, arsenik, dan merkuri. Air tulen yang dihasilkan adalah yang paling bersih dan selamat.
Badan memerlukan air tulen yang bebas daripada bahan terlarut. Semua orang tahu buah pinggang adalah sistem penapis dalam badan. Kehadiran bahan bendasing dalam air akan masuk ke dalam darah dan ditapis di buah pinggang untuk disingkir dari badan.
Lebih tinggi jumlah bahan bendasing dalam air yang diminum, buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras untuk menyingkirkannya. Lama-kelamaan sistem buah pinggang semakin terbeban dan menyebabkan kerosakan.
Air tulen akan menyingkirkan bahan toksik berbahaya di dalam badan. Ia juga boleh tingkatkan daya ketahanan badan dan membuatkan kita berasa lebih segar selepas meminumnya.
Kelebihan Air RO
- Bebas plumbum (penyebab tekanan darah, masalah saraf, kerosakan otot, kerosakan otak, anemia)
- Saiz molekul air yang sangat kecil dan memudahkan penyerapan berbanding air biasa
- Tapis cryptosporidium (penyebab kejang perut, demam & cirit birit, malnutrisi
- Selamat untuk pesakit kanser
- Air yang terbersih (elak masalah buah pinggang dan mencegah osteoporosis)
- Air tidak berbau
Kelemahan Air RO
- Kandungan mineral semula jadi hilang sepenuhnya.
- Rasa mungkin kurang menarik kerana tiada mineral semula jadi.
Penapis air coway yang menggunakan tapisan air ro ialah Neo Plus, Villaem 2, Glaze, Ombak, Lucy Plus & Core Plus
Air Alkali
Air Alkali adalah air yang telah mengalami proses elektrolisis iaitu penambahan ion hiroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti (sodium, kalium, magnesium dan kalsium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan pH dalam air.
Ia merupakan ejen antioksidan yang terbaik dimana berdasarkan kajian, sel kanser tidak dapat hidup dalam keadaan beralkali. Tambahan, ia membantu meneutralkan kadar asid berlebihan dalam badan dan menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan secara berterusan.
Coway menggunakan NF Membran filter (rod elektrolisis) pada model inception untuk menghasilkan air alkali yang mempunyai tahap pH 8.5, 9.0 & 9.5.
Model ini mempunyai dwi-fungsi yang menggabungkan sistem penapisan nano dan sistem alkali kepada 2 dalam 1 penapis air hibrid. Satu-satunya penapis air alkali di pasaran yang membekalkan air alkali bersuhu bilik dan sejuk.
Kelebihan Air Alkali Coway
- Kurangkan kolesterol dan tekanan darah
- Detoks
- Hidrasasi
- Oksigenasi / Antioksida
- Mengalkali pH dalam tubuh
- Meningkatkan imunisasi
- Menghilangkan bau dan sedapkan air
- Mengurangkan berat badan
- Mengurangkan asid refluks
- Melazatkan makanan dan minuman
- Meningkatkan proses pencernaan
Kelemahan Air Alkali Coway
- Memerlukan kos pemasangan dan servis penapis.
- Harga mungkin lebih tinggi berbanding air mineral biasa, tetapi lebih praktikal untuk kegunaan jangka panjang.
Penapis air coway yang menggunakan tapisan air alkali ialah Inception.
Mana Satu Pilihan Terbaik?
Pilihan bergantung kepada keperluan dan gaya hidup anda:
- Air Mineral: Sesuai jika anda mahukan air semula jadi dengan kandungan mineral.
- Air RO: Pilihan untuk individu yang perlu kawalan ketat terhadap pengambilan mineral.
- Air Alkali Coway: Ideal untuk anda yang mahukan kombinasi air bersih dan mineral tambahan dengan pH seimbang.
Perbezaan
Berikut ialah perbezaan 3 jenis air coway iaitu mineral, ro dan alkali dari segi saiz penapis, penapis yang digunakan, bacaan TDS dan bacaan pH.
TDS (total dissolve solid) merupakan satu perimeter untuk mengukur kandungan pepejal yang terlarut di dalam air. Dari nilai tds ini, kita boleh tahu kualiti air sama ada boleh diminum atau tidak.
Nilai TDS dapat mempengaruhi rasa dan kualiti ait tersebut.
pH merupakan kadar ukuran bagi keasidan/kealkalian dalam suatu larutan.
Dapat dilihat bacaan TDS amat berbeza antara RO vs mineral/alkali. TDS atau jumlah pepejal terlarut adalah ukuran kandungan gabungan terlarut semua bahan organik dan bukan organik yang hadir dalam cecair.
Ini menyatakan bahawa RO telah membuang kesemua bahan organik dan bukan organik di dalam air nya. Secara tak langsung, ia selamat 99% dari segala logam berat yang ada walaupun sangat sedikit.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah air RO selamat diminum setiap hari?
Ya, air RO selamat diminum setiap hari. Namun, tubuh anda masih memerlukan mineral daripada makanan atau sumber lain.
2. Air alkali benar-benar baik untuk kesihatan?
Walaupun terdapat kajian awal yang menyokong manfaat air alkali, ia tidak semestinya sesuai untuk semua. Namun, ia tetap pilihan air yang bersih dan berkualiti.
3. Adakah penapis air seperti Coway berbaloi?
Ya, penapis air Coway berbaloi untuk kegunaan seisi keluarga kerana menyediakan air berkualiti tinggi dengan servis berkala.
Kesimpulan
Air mineral, RO, dan alkali masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Apa pun pilihan anda, pastikan ia menepati kriteria utama air minuman yang selamat: bebas bahan cemar, bebas bakteria, dan mempunyai pH atau mineral yang sesuai.
Amalkan 5 tips pilih penapis air coway yang tepat dan betul.
Untuk mereka yang mahu pilihan praktikal dan berkualiti tinggi, air alkali Coway boleh jadi pelaburan terbaik untuk kesihatan jangka panjang.
Syarikat coway sangat komited dalam memastikan penapis air mereka melepasi ujian Water Quality Association (WQA) iaitu sebuah badan pakar air seluruh dunia dan SIRIM.
Coway juga memastikan kualiti air berada dalam pH 6.5-8.5ph yang selamat untuk diminum seperti yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO).
Nak tahu lebih lanjut tentang penapis air Coway? Klik sini untuk info lanjut dan promosi terkini!
Rujukan
- World Health Organization (WHO) – Guidelines for Drinking-water Quality
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – Portal MyHealth
- Jurnal Kesihatan Awam (2023) – Kualiti Air Minum di Malaysia.
Artikel ini ditulis untuk membantu anda membuat pilihan air minuman yang terbaik. Jom mula minum air berkualiti untuk kesihatan lebih baik!