11 Sebab Kenapa Pilih Coway | Coway Official
sebab kenapa pilih coway

Persoalan kenapa pilih coway ini timbul apabila ramai yang mempersoalkan kredabiliti coway di dalam pasaran penapis air dan udara di Malaysia.

Tak dinafikan ada beberapa pesaing yang turut berada di pasaran yang sama. Ia tidak mudah untuk anda memilih yang terbaik.

Pada tahun ini syarikat Coway Malaysia memaklumkan ingin melabur lebih pada operasi disini supaya ramai lagi rakyat Malaysia dapat manfaat menggunakan produk coway.

coway jenama paling kukuh di malaysia

Di artikel ini aril akan tunjukkan kepada anda 11 sebab kenapa pilih coway untuk penapis air atau penapis udara. Dan anda akan lihat mengapa coway benar-benar pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia.

1. Terkenal

Jenama terkenal sememangnya sinonim dengan kita rakyat malaysia. Sudah menjadi kebiasaan, kalau kita nak pilih sesuatu barangan yang  dipercayai berkualiti pastinya kita cenderung untuk memilih jenama yang terkenal atau popular. Sebab kita yakin mahalnya bukan hanya pada fungsi produk tapi pada kualiti dan kepercayaan pengguna!

Jenama itu tidak menjadi terkenal dengan sendirinya. Ia datang daripada semua sokongan pengguna yang percaya kepada jenama tersebut hingga dibawa ke satu peringkat yang lebih tinggi. Semakin terkenal, semakin ramai pengguna.

coway malaysia event

Sebagai contoh sekiranya anda ingin memilih jenama TV, kenapa jenama popular seperti Samsung, Sharp, LG menjadi pilihan sedangkan banyak lagi jenama baru tumbuh naik bak cendawan? Sebab utama adalah mereka dah dikenali dengan teknologi hebat mengenai tv itu sendiri. Kita boleh katakan mereka pakar dalam bidang tersebut dan jenama mereka telah lama ditanam di dalam pemikiran kita semua!

Boleh diumpamakan sekiranya anda sakit mata, anda akan berjumpa dengan doktor pakar mata dan bukan doktor pakar bahagian lain. Begitu juga dengan penapis air, pasti anda sekeluarga mahukan penapis air dari jenama yang terkenal dengan pembuatan penapis air sebab penapis air adalah kemudahan paling penting di rumah anda. Anda memerlukan sumber air yang benar-benar bersih untuk diminum setiap hari!

kilang pengeluaran produk storm coway

Coway merupakan jenama penapis air yang terkenal di Korea. Sejarah Coway bermula pada tahun 1989 di korea dan memasuki pasaran malaysia sejak tahun 2006 lagi. Lebih 10 tahun berada di pasaran malaysia dan menjadi sangat dipercayai disini. Produk coway tidak asing lagi di bangunan-bangunan kesihatan seperti hospital dan klinik. Jadi persoalannya, mengapa perlu pilih yang lain?

2. Terbesar

Coway bukanlah satu jenama tidak bermutu dan berharga di Korea tapi satu jenama besar berkualiti setanding dengan syarikat Samsung, LG dan banyak lagi syarikat gergasi lain.

coway jenama besar di korea

Syarikat Coway dikenali sebagai pengeluar penapis air dan udara di korea dan mempunyai kilang penghasilan penapis air yang terbesar di dunia. Bukan hanya ada 1 kilang sahaja tapi 4 kilang termasuk kilang yang tumpu kepada kitar semula dan pembaik pulih. Kilang coway ini mampu menghasilkan 17 juta produk setahun!

Sekiranya anda tidak percaya, anda boleh tempah tiket dan terbang terus ke Korea dan lihat sendiri dengan mata anda setibanya di lapangan terbang, hotel, pasar dan restoran disana pastinya anda akan lihat penapis air coway merata tempat.

produk coway di korea

3. Global

Kita sedia maklum bahawa kilang coway mampu menghasilkan 17 juta produk setahun. Ia bukanlah tertumpu pada pasaran korea dan malaysia sahaja malah dipasarkan sehingga ke 60 buah negara seluruh dunia!

Secara puratanya, lebih 700 ribu produk terjual ke seluruh dunia setiap bulan melalui rakan kongsi dan anak syarikat coway diseluruh dunia.

coway di seluruh dunia

Terdapat 4 anak syarikatnya selain malaysia iaitu Thailand, Indonesia, China dan Amerika Syarikat. 4 kilang pengeluaran produk coway pula terdapat di Guangzhou, Yugu, Incheon dan Pocheon.

4. Penyelidikan & Pembangunan

Coway menjadi jenama terkenal dan dipercayai bukanlah dalam masa yang singkat. Coway bermula dari sebuah perusahaan kecil sehingga mempunyai pusat penyelidikan & pembangunan (RnD) tersendiri yang membolehkan coway sentiasa menaiktaraf kualiti produk dan teknologinya.

pusat penyelidikan rnd coway

Coway telah membina pusat R&D pertama pada tahun 1993 sebelum membina kilang penghasilan pada tahun 1994. Pada Disember 2006, coway telah menjalinkan kerjasama dengan Seoul National University, Korea telah membangunkan teknologi yang memberi manfaat kepada industri dan ilmu akademik.

Pada tahun 2008, coway telah mendirikan pusat R&D di Seouls National University di mana hanya beberapa buah syarikat terkemuka sahaja yang mempunyai pusat R&D di sana seperti Samsung dan LG.

pusat r&d coway di korea

Kini, seramai 370 orang penyelidik di mana 46% daripadanya berkelulusan Sarjana dan Doktor Falsafah. 14 orang daripadanya pula berstatus pakar air yang diiktiraf oleh WQA. Lebih daripada 1 juta ujian mesti dilakukan untuk setiap produk Coway untuk memastikan kualiti terbaik.

5. WQA

WQA (Water Quality Association) merupakan agensi pensijilan seluruh dunia untuk penapis air. Setiap penapis air perlu menjalani ujian oleh WQA untuk memastikan tahap tapisannya menepati piawaian yang telah ditetapkan. Ianya seperti SIRIM pada barangan elektrik untuk memastikan produk itu selamat digunakan.

coway gold seal wqa

Gold Seal adalah pengiktirafan tertinggi WQA kepada penapis air yang menepati piawaian yang telah ditetapkan. Untuk mendapatkan pengiktirafan ini, pihak WQA akan menjalankan beberapa siri ujian seperti:

  • 200 ujian untuk menyingkirkan bahan-bahan merbahaya
  • 100,000 kertas kerja untuk mengesan bahan toksik dan merbahaya
  • Pemeriksaan kilang setahun oleh WQA

Coway berjaya melepasi segala ujian yang telah dijalankan oleh pihak WQA dan mendapat pengiktirafan WQA pada setiap produk penapis air yang dikeluarkannya. Pusat R&D coway juga mendapat pengiktirafan oleh WQA sebagai Makmal Ujian yang diiktiraf.

Anda boleh buat semakan di https://www.wqa.org/find-products#/ dan masukkan kata carian “coway“. Hasil carian adalah seperti gambar di bawah. Ini membuktikan produk coway berdaftar dengan WQA.

carian coway di wqa

Coway juga menerima anugerah dan sijil dari NEMKO (Ujian oleh Pengeluar), mematuhi RoHS (Sekatan Arahan Bahan Berbahaya) dan banyak lagi. Dengan pengiktirafan ini, tidak perlu diragui lagi untuk memiliki penapis air coway.

6. Halal

Majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam. Dan di dalam islam itu sendiri mencari yang halal adalah satu kewajipan. Maknanya umat Islam disuruh mencari kalau ia makanan dan minuman carilah yang benar-benar halal lagi baik, yakni suci, bersih dan berkhasiat.

Apa kena mengena dengan coway? Coway menghasilkan air minuman yang berkualiti, bersih dan sedap. Sudah tentu berkait rapat dengan bagaimana mesin dan penapis yang digunakan untuk pemprosesan air tersebut. Adakah material mesin dan penapis diperbuat daripada sumber yang haram seperti tulang haiwan?

Prihatin dengan situasi ini, pihak coway melakukan tindakan drastik dengan mendapatkan pengiktirafan Halal oleh JAKIM iaitu sebuah badan yang diberi kuasa untuk memberi pengesahan status halal kepada makanan dan barangan gunaan Islam di Malaysia.

sijil halal jakim coway

Coway berstatus halal pada tahun 2008. Pihak Jakim telah dibawa ke pusat R&D dan kilang penghasilan di Korea untuk menjalani ujian piawaian yang ditetapkan.

Anda boleh buat semakan sendiri melalui laman web JAKIM Halal . Pergi ke kotak “Verify Halal Status: ” dan masukkan carian “coway”. Paparan adalah seperti dibawah.

carian halal jakim coway

Coway telah menerima sijil-sijil ini untuk semua bahagian mesinnya supaya pelanggan yakin ketika menggunakan produk dari coway.

Pada hujung 2019, coway menjadi pemenang jenama penulen air terbaik peringkat antarabangsa di Asia Halal Brand Award 2019.

coway asia halal brand award

Asia Halal Brand Award:

  1. Anugerah Jenama Halal yang pertama di Asia.
  2. Dapatkan pengiktirafan jenama dan penglihatan di seluruh Asia.
  3. Meningkatkan kehadiran jenama di Asia.
  4. Pengendorsan daripada badan pentadbiran seperti Jakim & HDC.
  5. Membina dan mengukuhkan kepercayaan jenama dan kesetiaan pelanggan.
  6. Diadili oleh beberapa pemimpin industri yang paling dihormati.
  7. Mencapai pasaran baru dan memperluaskan asas pelanggan semasa.

Jelas sekali bahawa coway tidak menggunakan bahan-bahan terlarang atau syubhah dalam islam. Dan diyakini mesin dan penapis  dari penapis air coway adalah halal dan air yang dihasilkan selamat untuk diminum.

7. Eksklusif

Pernah tak anda lihat penapis air yang bentuknya sama tapi jenama yang berbeza? Ya, itu bukanlah tiruan sebaliknya ia dijenamakan semula. Sebuah kilang pengeluaran menghasilkan penapis air dan syarikat-syarikat lain membelinya untuk dijenamakan semula kemudian dipasarkan. Jadi, dimanakah ekslusiviti produk tersebut?

Berbeza pula dengan coway yang merupakan 100% syarikat yang menghasilkan teknologi dan produknya sendiri. Setiap teknologi dan reka bentuk produk dipatenkan untuk hak cipta dan memastikan tiada syarikat lain yang sewenangnya membuat produk tiruan.

teknologi penapis air coway

Anda tidak akan lihat produk seumpama Coway dari segi teknologi dan reka bentuk mempunyai persamaan dengan produk-produk lain yang berada di pasaran seluruh dunia.

8. Pengiktirafan Antarabangsa

Sejak coway beroperasi di korea bermula tahun 1989 hingga kini, pelbagai pengiktirafan diterima sehingga ke peringkat antarabangsa. Syarikat itu dikatakan hebat jika produknya diiktiraf oleh badan-badan yang bertauliah dalam bidang tersebut.

Selain menerima pengiktirafan Gold Seal dari WQA dan Halal oleh JAKIM, coway juga mendapat anugerah reka bentuk dari Red Dot Design.

coway red dot design award

Reddot Design merupakan institusi yang mengiktiraf reka bentuk produk-produk dari seluruh dunia. Bahkan, Ferrari juga merupakan pemenang anugerah reka bentuk Reddot Design bagi kategorinya. Coway adalah seperti sebuah Ferrari untuk penapis air. Hebat kan?

senarai pengiktirafan antarabangsa coway

9. Khidmat Selepas Jualan

Aril sendiri juga merupakan pengguna Coway iaitu penapis air inception, tatkala melihat servis coway setiap 2 bulan sekali ternyata suatu yang menggembirakan dan memuaskan hati begitu juga dengan pengguna lain.

Kenapa servis berkala dalam tempoh singkat ini penting? jika tidak diservis dalam tempoh ini, anda dapat lihat penapis di dalam tangki sebenarnya sudah kotor. Anda boleh perhatikan keadaan filter setiap kali Cody datang untuk servis penapis air anda!

Bayangkan sekiranya servis tidak dibuat pada tempoh itu dan lambat, sudah tentu air yang dihasilkan kurang bersih dan berkualiti. Jadi, coway ada sebab kenapa perlu diselenggarakan setiap 2 bulan sekali.

coway lady cody

Kebanyakan penapis air yang ada di pasaran, jarang sekali menyediakan khidmat penjagaan produk selepas pembelian. Mereka hanya memberi nasihat penjagaan penapis air dan menjual tabung penapis air jika pelanggan ingin menukarnya bila sampai tarikh luput. Adakah pelanggan mempunyai masa untuk servis sendiri penapis air mereka?

Zaman sudah berubah, Dunia semakin moden. Kita memerlukan syarikat yang benar-benar menjaga produk mereka dari rumah anda. Jadi, anda tak perlu risau mengenai produk coway kerana ia sepenuhnya dijaga oleh pihak coway.

cody servis penapis air coway

Coway mempunyai barisan kakitangan profesional khusus untuk menjaga produk bagi pihak pelanggan. Mereka dinamakan sebagai Cody (Coway Lady) yang akan membantu menyelenggara produk coway setiap 2 bulan dan ST (Service Technician) membantu bagaimana menggunakan produk coway serta membaik pulih produk sekiranya mempunyai masalah teknikal.

service technician coway

10. Jaminan

Jaminan merupakan satu faktor penting bagi pelanggan sebelum membeli sesuatu produk dari sebuah syarikat. Ini demi memastikan pelanggan tidak menanggung kos yang diluar jangkaan seperti membaik pulih dengan kerosakan yang dialami.

Sebagai contoh anda ingin membeli produk elektrik sudah pasti anda mahukan jaminan kan? Tanpa jaminan, tiada siapa yang mahu membelinya. Biasanya berapa tahun jaminan yang diberikan? Jika kereta, 3-5 tahun. Itupun tidak termasuk caj perkhidmatan dan kos buruh.

jaminan 5 tahun waranti coway

Tetapi coway memberikan jaminan sehingga 5 tahun! Sepanjang 5 tahun:

  • Setiap 2 bulan pihak Cody akan ke rumah anda untuk servis.
  • Filter yang perlu ditukar apabila sampai waktunya akan ditukarkan secara percuma
  • Jika berlaku kerosakan teknikal pada produk coway, ST akan datang dan gantikan dengan alat gantian secara percuma
  • Jika berlaku kerosakan penuh disebabkan banjir atau kebakaran, akan digantikan produk baru tanpa sebarang caj dikenakan
  • Jika berlaku kecurian perlu disertakan aduan polis dan akan digantikan dengan yang lain

Sekiranya pemilik produk coway meninggal dunia atau mati dalam tempoh 5 tahun tersebut, si mati tidak perlu membayar lagi baki hutang yang tertinggal. Si mati tidak meninggalkan beban hutang kepada orang lain.

Lihatlah betapa prihatinnya coway dalam menjaga pelanggan mereka. Inilah jaminan terhebat dari sebuah syarikat yang hebat!

coway logo baru

11. Selamat

Antara kriteria paling utama pada suatu produk ialah adakah ia selamat digunakan? Sama ada keselamatan untuk produk mahupun pada pengguna. Kedua-duanya sangat penting.

Coway dilengkapi dengan sistem keselamatan untuk produk di mana ia boleh mengawal tekanan air masuk. Setiap rumah mempunyai tekanan air yang berbeza. Jika tekanan air terlalu tinggi, penapis air boleh rosak. Dengan sistem keselamatan ini, dapat mengelakkan daripada kerosakan akibat tekanan air yang tinggi.

sistem child lock coway selamat untuk anak

Coway juga dilengkapi dengan sistem keselamatan untuk kanak-kanak. Sebagai ibu bapa pastinya risau sekiranya anak-anak kecil bermain dengan air panas. Untuk mengelakkan kejadian anak-anak melecur akibat air panas, sistem ‘child lock‘ akan mengunci air panas walaupun ditekan berulang kali. Terdapat produk coway yang lengkap dengan peranti penggera yang akan berbunyi jika air panas ditekan berkali-kali.

sijil sirim coway

Coway juga telah menerima sijil SIRIM (untuk memastikan keselamatan bahagian dan peranti elektrik) dan mematuhi RoHs (Sekatan Arahan Bahan Berbahaya). Semua bahagian Coway telah diuji dan disahkan selamat untuk digunakan.

Kesimpulan

Kini pengguna Coway di Malaysia telah mencecah 1 juta pengguna. Coway menyasarkan jualan sebanyak 540,000 unit produk penulen air pada tahun 2019. Ia satu angka yang besar berbanding tahun yang sebelumnya. Dengan kredabiliti yang ada pada Coway, nilai tersebut bukanlah satu angka yang mustahil.

coway perkenal penapis air ombak malaysia

Harus diingat bahawa air dan udara yang tidak ditapis dari mesin akan diminum dan dihirup oleh anda dan keluarga anda setiap hari sehingga akhir hayat.

Jika air itu kotor dan udara itu tercemar, itulah yang akan memasuki tubuh badan kita seterusnya beri kesan kepada kesihatan kita tanpa sedar.

Semestinya penapis air coway mempunyai kelebihan yang hebat dari segi buatan dan fungsinya. Sila lihat beberapa ciri hebat yang ada pada penapis air coway ini.

Aril menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk berubah kepada air yang diyakini bersih dan selamat. Pilihlah Coway sebagai pilihan penapis air anda!

Anda keliru nak pilih model yang  mana sebab banyak sangat model penapis air coway? Jangan risau, lihat 5 tips pilih penapis air coway yang tepat dan berbaloi.

Sekiranya anda ingin bertanya apa-apa sahaja mengenai produk penapis air dan udara Coway, boleh terus hubungi Aril di talian 013-905 0467 atau terus klik link wasap ini.

Aril Agen Sah Coway Malaysia

error:
DISKAUN RM200 + PEMASANGAN PERCUMA!