4 Tips Pilih Penapis Udara Coway 2023 | Coway Official

Penapis udara coway atau ‘air purifier’, mesti anda terfikir sama ada ia menjadi satu keperluan atau kehendak sahaja untuk anda miliki? Adakah ia suatu pelaburan yang berbaloi?

Penting atau tidak penapis udara ini untuk diri anda dan keluarga anda sebenarnya?

Jadi dalam artikel ini, aril akan rungkaikan dengan lebih lanjut kenapa anda perlu memilikinya pada waktu sekarang dan beberapa tips untuk pilih penapis udara coway anda!

Umumnya mengetahui bahawa negara kita telah dilanda wabak COVID-19 dari 2020 sehinggalah ke hari ini tahun 2023.

coway-bantu-covid-di-hospital

Virus COVID-19 merupakan satu jangkitan yang boleh merebak melalui zarah di udara. Ia menyerang sistem pernafasan manusia dan mengakibatkan masalah kesihatan seperti demam, selesema dan sesak nafas.

Sudah 2 tahun kita hidup dengan virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan mungkin ada dimana sahaja di sekeliling kita tanpa ianya boleh dirasa dan dibau.

Malah COVID-19 ini akan menjadi suatu ‘endemik’ seperti denggi dimana ia adalah suatu penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau sesuatu tempat.

Peningkatan kes wabak virus yang membimbangkan menjurus kepada kesedaran masyarakat untuk memiliki penapis udara ini. Malah kajian menyatakan terdapat peningkatan penggunaan penapis udara di malaysia ini!

Adakah ianya benar-benar berkesan?

penapis udara lombok melawan covid

Sebelum itu anda perlu tahu bagaimana ianya disebarkan dari individu ke individu. Ia disebut sebagai mikroorganisma (sebatian asap, kulat, virus, bakteria, debunga) dimana kita tanpa sedar membawanya dari tempat lain ke rumah!

Mikroorganisma tersebar melalui udara dan ia boleh berpindah dari individu ke individu. Keadaan ini boleh berlaku apabila kedua-dua individu menghirup udara sama di dalam ruang atau bilik yang sudah tercemar.

Potensi jangkitan adalah tinggi disebabkan ianya berlaku di ruang yang tertutup seperti di rumah dimana mikroorganisma akan terus terperangkap dan menjangkiti individu yang lain.

Ini akan mudah berjangkit kepada anak-anak kecil, mereka yang berusia dan individu yang mempunyai tahap imun yang lemah.

Anda harus tahu bahawa udara di kawasan tertutup lebih banyak tercemar 5 kali ganda daripada kawasan terbuka. Kawasan tertutup seperti rumah, pejabat, klinik, hospital, salon, restoran dan sebagainya.

penapis udara lombok di hospital klinik

Bagaimana penapis udara dapat menghilangkan zarah udara yang tercemar ini?

Saiz zarah udara ini adalah sangat kecil iaitu ada yang tidak melebihi 0.3 mikron. Oleh itu, penapis udara yang dilengkapi dengan sistem penapisan HEPA dapat membantu membersihkan udara di dalam kediaman.

Sistem penapisan HEPA (high efficiency particulate air) merupakan satu teknologi penapisan udara dengan jaring halus yang dapat memerangkap zarah berukuran 0.3 hingga 0.1 mikron.

hepa filter penapis udara coway

Ia berfungsi dengan memaksa udara melalui jaringan halus yang memerangkap zarah-zarah berbahaya seperti kuman, debunga, bulu binatang, debu hama dan asap rokok.

Penapis HEPA telah digunakan secara meluas dalam bidang bioperubatan sejak tahun 1940-an sebagai medium pencegahan organisma virus dalam udara. Teknologi ini dikatakan dapat menapis lebih 99.97 peratus zarah dalam udara.

Tahukah anda bahawa kesemua model penapis udara coway mempunyai fungsi penapisan HEPA ini!

penapis-udara-storm-melawan-covid

Jika ada daripada anda yang kuat selesema, batuk, alahan dan tak tahan bau rokok amat sesuai dengan penapis udara coway ini.

Dengan adanya HEPA filter juga, boleh meningkatkan kualiti udara dalam rumah anda.

Disini aril gariskan 4 tips pilih penapis udara coway 2023 yang terbaik mengikut keperluan anda.

1) KENALPASTI MASALAH

Selain ianya dapat memerangkap virus yang popular sekarang ni, terdapat banyak lagi masalah yang boleh diselesaikan dengan penapis udara coway ini.

kelebihan-penapis-udara-lombok-3-coway

Perhatian khusus kepada mereka yang merokok, isteri perokok, pemilik kucing, ibu bapa yang ada anak kecil, asma, ekzema, kerap bersin, batuk, dan juga mereka yang alahan pada debu dan habuk.

Penapis udara coway dapat meneutralkan balik udara dalam rumah anda seterusnya memberikan anda udara yang nyaman dan segar untuk dihirup seisi keluarga.

Di Coway Malaysia, terdapat 4 model penapis udara menjadi pilihan.

model-penapis-udara-coway-2022

Antara masalah yang dapat diselesaikan adalah:

BREEZE – habuk kasar, habuk halus, menapis virus, menapis bau

STORM – habuk kasar, habuk halus, menapis virus, menapis bau

LOMBOK 3 – habuk kasar, habuk halus, menapis virus, menapis bau, menyahaktif virus, menyingkir gas berbahaya

TUBA – habuk kasar, habuk halus, menapis virus, menapis bau, menyahaktif virus dan bakteria

Anda tentukan masalah yang anda ingin selesaikan di kediaman anda. Dah jumpa? Jom kita tengok tips yang seterusnya.

2) KAWASAN & KELUASAN

Di kawasan mana yang anda ingin letakkan penapis udara ini?

Sama ada di ruang tamu, ruang berehat, bilik tidur ataupun kawasan terbuka.

Setiap kawasan mempunyai keluasan yang berbeza mengikut unit square per feet (sqft).

Setiap penapis udara pula mempunyai keluasan yang boleh dicapai untuk berfungsi seoptima mungkin. Pemilihan penapis udara yang betul mengikut kawasan sangatlah penting supaya dapat maksimumkan keupayaan penapis udara tersebut.

Dibawah ini dinyatakan keluasan (sqft) yang boleh dicapai bagi setiap penapis udara coway.

keluasan-penapis-udara-coway

Ini jelas menunjukkan perbezaan jumlah keluasan (sqft) bagi setiap penapis udara ini.

Model Breeze hanya sesuai untuk keluasan ruang yang kecil seperti di bilik tidur.

Manakala model Storm dan Lombok 3 sangat sesuai untuk diletak di bilik tidur, ruang tamu, ruang keluarga dan ruang yang lebih luas.

Dan model Tuba khas untuk ruang terbuka yang sangat luas seperti di ofis dan bangunan besar. Atau anda mempunyai ruang rumah yang lebih besar.

Dah tahu penapis udara coway mana yang sesuai untuk anda? Aril kongsikan pula tips seterusnya.

3) FUNGSI & KELEBIHAN

Setiap penapis udara coway mempunyai fungsi & kelebihan yang tersendiri. Coway tidak akan buat semua model mempunyai sasaran pelanggan yang sama. Mesti ada kelebihan dan kekurangan pada setiap model ini.

Penapis udara Breeze

penapis udara terbaru breeze coway 7

  • Cantik dan slim sesuai diletak di pelbagai sudut ruang kecil.
  • Ringan dan boleh diangkat hanya dengan satu tangan sahaja.
  • Mudah dialihkan ke mana-mana.
  • Harga mampu milik
  • Mesra pengguna disebabkan mode yang ringkas dan butang yang besar.
  • Indikator pencemaran – boleh kesan tahap kualiti udara
  • Jimat penggunaan tenaga elektrik

Penapis udara Storm

penapis udara storm coway

  • 4 kaedah pengaliran udara (hadapan + atas, atas, hadapan, pelbagai)
  • Menapis udara dan mempunyai fungsi kipas pada bahagian hadapan.
  • Harga mampu milik
  • Indikator pencemaran – boleh kesan tahap kualiti udara
  • Jimat penggunaan tenaga elektrik

Lihat kelebihan Storm Coway yang ramai tak tahu.

Penapis udara Lombok 3

penapis-udara-lombok-3-new8

  • Menghasilkan ion negatif berfungsi membuatkan pengguna rasa lebih relaks, nyaman seperti duduk dalam hutan.
  • Mempunyai penapis RBD Plasma yang mampu membunuh kuman dan bakteria serta menyahaktif virus dengan berkesan.
  • Indikator pencemaran – boleh kesan tahapkualiti udara
  • Jimat penggunaan tenaga elektrik

Fungsi Tambahan RBD Plasma

Banyak testimoni muncul dari pelanggan yang guna pakai Lombok 3 ini memuji kehebatan yang ada pada penapis udara ini.

testimoni penapis udara lombok 2 coway 13

Antaranya berjaya selesaikan masalah anak yang ada asma, selesema, sinus, gatal hidung, resdung, hidung berair, kepala sakit, batuk dan macam-macam lagi.

Lombok 3 mempunyai RBD plasma untuk membunuh bakteria & virus dan juga sistem Ionizer yang boleh menghasilkan ion negatif. Model ini sahaja yang ada kedua-dua fungsi ini.

Ramai juga pengguna Lombok 3 adalah juga dari pemilik kucing. Kekuatannya untuk menyedut bulu kucing sememangnya hebat dan tak dapat disangkal.

Nak tahu lebih lagi pasal lombok 3? ikuti kelebihan lombok 3 coway.

Penapis udara Tuba

penapis udara tuba coway 4

  • Desain yang mewah dan premium
  • Sesuai untuk kawasan orang ramai dan luas
  • Mempunyai penapis Anti Microbial mampu menapis habuk halus dan mematikan 99% bakteria.
  • Udara disedut di 4 bahagian kanan, kiri, depan dan belakang dan udara bersih keluar dari atas.
  • Jimat penggunaan tenaga elektrik

Apa yang kita dapat lihat ialah fungsi yang berbeza bagi setiap penapis udara ini. Fungsi mana yang anda lebih berminat? dan tips terakhir adalah yang paling penting untuk anda.

4) BAJET & PROMOSI

Bajet adalah faktor yang paling penting dalam pemilihan penapis udara yang sesuai. Harga penapis udara coway bermula RM79 sehingga RM142 bulanan dengan kontrak selama 5 tahun. Dan anda akan nikmati servis dan waranti percuma selama 5 tahun!

bayar tunai

Manakala untuk belian tunai adalah bermula RM2500 sehingga RM4240 dengan servis percuma selama 2 tahun.

Anda nak pilih sewa beli vs tunai? Masing-masing ada pro dan kontra mengikut bajet masing-masing.

Tetapkan bajet anda terlebih dahulu. Dibawah ini aril senaraikan harga  sewa beli dan belian tunai bagi setiap penapis udara coway.

harga-penapis-udara-coway-2022BERITA BAIK!! Coway sedang menawarkan promosi yang hebat untuk model yang menjadi pilihan ramai iaitu STORM dan LOMBOK 3.

promosi-storm-coway-70

Anda boleh dapatkan penapis udara STORM serendah RM70 bulanan sahaja. Masih dengan tempoh kontrak yang sama iaitu 5 tahun. Anda jimat banyak dengan promosi ini!

Manakala LOMBOK 3 pula ditawarkan dengan harga serendah RM90 bulanan sahaja untuk 5 tahun. Sudah tentu anda takkan lepaskan peluang ini kerana model ini sentiasa mendapat permintaan tinggi zaman covid ini!

promosi-lombok-3-coway-90

KESIMPULAN

Penapis udara coway dapat membantu untuk tingkatkan kualiti hidup anda sekeluarga kearah kehidupan yang lebih sihat. Semoga anda terhindar dari virus covid-19 yang masih menular di luar sana.

Anda boleh gunakan 4 tips pilih penapis udara coway 2023 yang aril kongsikan ini untuk buat keputusan yang lebih tepat dan terbaik.

Jom ketahui promosi terkini 2023 yang aril akan sentiasa kemaskini dari masa ke masa.

Sekiranya anda ingin bertanya apa-apa sahaja mengenai produk penapis air dan udara Coway, boleh terus hubungi Aril di talian 013-905 0467 atau terus klik link wasap ini.

Aril Agen Sah Coway Malaysia

error:
DISKAUN RM200 + PEMASANGAN PERCUMA!