
Penapis air Lucy Coway merupakan model terbaru yang boleh menghasilkan ketulan ais yang sangat canggih. Kepada penggemar ais, inilah pilihan tepat untuk anda.
Harga promosi Lucy Coway sekarang adalah RM190 sebulan dan belian tunai RM7,400.
Kelebihan Lucy Coway mampu menghasilkan ketulan ais sehingga 1kg dari tapisan air RO yang bersih dan selamat.
Dengan rekabentuk ekslusifnya, sudah pasti Lucy dapat menambat hati pengguna di Malaysia yang beriklim panas.

FUNGSI
3 JENIS SUHU
- Air PANAS menjimatkan masa di dapur. Tak perlu lagi guna cerek atau heater untuk masak air. Jimat gas dapur rumah. Sekaligus memudahkan nak masak maggi, bancuh kopi, nescafe, teh dan lain-lain dengan pantas.
- Air SEJUK dapat melegakan tekak yang kehausan lagi-lagi bila balik dari kerja. Anak-anak pun suka. Sambil rehat pun boleh minum air sejuk. Tak perlu berpenat lagi nak sejukkan air di dalam peti ais.
- Air SUHU BILIK adalah air yang sudah ditapis dengan tapisan RO (reverse osmosis). Air ditapis 99.99% bersih kerana membrannya sehalus 0.0001 micron. Oleh kerana kehalusan membrannya, kesemua bendasing seperti karat, ion besi dan juga mineral dalam air disingkirkan. Jadi, setiap hari anda dan keluarga meminum air yang sihat dan selamat untuk tubuh badan!
Bukan sahaja mampu menghasilkan ais yang canggih, malah ia dilengkapi juga dengan suhu asas (panas, sejuk, biasa).
KETULAN AIS 1 KG
Ini adalah ciri utama yang ada pada Lucy iaitu menghasilkan ketulan ais yang canggih sehingga 1 kg (69-76 ketul).
Ini memudahkan pengguna dapatkan bekalan ais sepantas 10 saat. Ais yang dihasilkan adalah dari air RO yang telah ditapis.
Air ini sangat bersih dan terhindar dari kuman dan virus berbahaya. 10 ketulan ais mengambil masa 15-20 minit untuk siap.
REKA BENTUK SLIM & PADAT
Tak perlu risau sekiranya ruang dapur anda adalah terhad disebabkan reka bentuk Lucy lebih kepada kurus dan tinggi. Ini membolehkan Lucy diletakkan di ruang yang agak sempit.
CONTINUOUS FLOW
Lucy juga dilengkapi dengan fungsi “continous flow” bermaksud air boleh keluar dari tangki secara berterusan.
Biasanya nak buat mandi anak, nak basuh sayur, masak nasi, bancuh air dalam jug dan sebagainya.
Caranya mudah sahaja. Sentuh butang tertera tulis “continuous”dan secara automatik anda boleh ambil secara berterusan tanpa henti. Tekan semula sekiranya anda mahu ia dihentikan.
POWER SAVING MODE
Semua penapis air coway sekarang ni dilengkapi dengan “power saving mode” termasuk Lucy. Ada light sensor yang mengesan cahaya gelap dan menukarkan mesin kepada “energy saving” seterusnya menjimatkan tenaga elektrik.
Jangan risau, bil rumah takkan melambung tinggi. Anggaran Rm6-8 sahaja sebulan walaupun dibuka selama 24 jam setiap hari.
Sama jugak dengan peti ais yang guna teknologi inverter. Tak melambung kan bil elektrik rumah walapun dibuka 24 jam setiap hari?
CHILD LOCK
Semua model penapis air coway termasuk Lucy yang ada air panas akan ada fungsi “child lock“. Fungsinya untuk mengelakkan anak kecil anda dari terkena air panas.
Apabila butang child lock ini disentuh dan menyala lampunya, secara automatik air panas anda tidak berfungsi. Dan jika anda nak guna air panas, tekan semula untuk mengaktifkan ia kembali.
DISPENSER LIGHTING
Lucy mempunyai ciri mewah ini iaitu lampu yang menyala ketika mengambil air tidak kira waktu siang atau malam.
Ini memudahkan pengguna mengambil air dalam keadaan persekitaran yang kurang cahaya atau gelap terutama pada waktu malam.
PENGHASIL KETULAN AIS DARI TAPISAN RO NO. 1 DUNIA
Ini merupakan model penapis air pertama di dunia yang menghasilkan air ais dari air tapisan RO. Sekaligus menghasilkan ais yang bersih terhindar dari segala bahan cemar dan sangat berkualiti.
Nak penapis air yang lebih moden dan canggih dan mampu buat anda tersenyum dari pagi sampai malam? jom tengok kelebihan penapis air ombak pula!
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan penapis air coway Lucy ini, boleh terus hubungi Aril di talian 013-905 0467 atau terus klik link wasapini.
- January 16, 2020
- Info, Lucy, Penapis Air