Beza Air Mineral, RO & Alkali Coway | Coway Official
beza-air-mineral-ro-alkali

Mempunyai penapis air di rumah menjadi satu kewajipan di Malaysia sekarang ini agar kualiti air yang diminum terjamin bersih dan selamat setiap hari. Dan anda perlu tahu kenapa anda perlu pilih Coway sebagai penapis air pilihan anda.

Adakah anda tahu penapis air yang anda gunakan sekarang ini adalah dari jenis tapisan air apa?

Sebelum tu anda perlu tahu 3 kriteria air minuman yang selamat diminum

  1. Kualiti bersih dan jernih (apa sahaja jenis tapisan)
  2. Bebas dari bahan merbahaya (nilai kandungan tds dalam air)
  3. Mengikut piawaian air dunia (who dan sirim) (6.5-8.5ph)

Ketiga-tiga kriteria ini sangat penting untuk berfungsi

  • Mengawal suhu badan
  • Mengangkut oksigen dan nutrien ke setiap sel tubuh badan
  • Bahan pelincir setiap sendi tubuh badan dan juga
  • Alat untuk membuang toksin di dalam tubuh badan.

Nampak tak betapa pentingnya air yang selamat diminum untuk kecergasan dan kesihatan tubuh badan anda.

Mari aril tunjukkan anda jenis air yang dihasilkan oleh penapis air coway ini. Setiap daripadanya ada teknologi dan jenis air yang dihasilkan mengikut keperluan pengguna.

3-jenis-air-ro-mineral-alkali-coway

3 jenis air yang dihasilkan:

  1. Air Mineral
  2. Air Tulen Reverse Osmosis (RO)
  3. Air Alkali

Jenis Air #1: Mineral

Air mineral adalah air yang mengandungi mineral atau bahan-bahan larut lain yang mengubah rasanya atau memberinya nilai terapeutik.

Air mineral di Malaysia didapati dengan 2 cara:

1) Air bawah tanah (Semulajadi)

Air yang mengandungi beberapa mineral semula jadi dari dalam tanah. Tanah akan dikorek dan dipam naik. Air ini akan melalui proses penyulingan untuk membuang kuman dan logam berat dan kemudian dibotolkan.

sumber air bawah tanah

2) Air paip yang disuling (Dirawat)

Setelah menjalani proses pembersihan untuk menghilangkan bakteria dan bahan kimia dalam air, kadar mineral dalam air juga akan dikurangkan.

Coway menggunakan teknologi nanotrap filter untuk menapis air paip yang masuk ke rumah. Teknologi ini menapis sehingga 0.001 micron. Ia menapis virus, bakteria, klorin & kebanyakan logam berat menggunakan nanofiber yang dipaten salutan electrospun.

nanotrap filter coway

Air ini mengandungi mineral seperti zat besi, kalsium dan magnesium dan bahan terlarut yang mengubah sedikit rasa air menjadi lebih sedap.

Kelebihannya:

  • Menghasilkan air bersih bermineral
  • Membasmi bau dan sedapkan air
  • Meninggikan kadar aliran air

Penapis air coway yang menggunakan tapisan air mineral ialah Kecil & Harry.

Jenis Air #2: Reverse Osmosis (RO)

Air tulen datang dari pelbagai sumber tetapi telah disucikan, ditapis atau dirawat untuk mengeluarkan bahan-bahan kimia atau cemar.

Jenis-jenis penulenan termasuk penyulingan, deionization, osmosis songsang, dan penapisan karbon. Kesemua bahan kimia yang berbahaya telah dinyah keluar dari air tersebut.

logam berat dalam air

Coway menggunakan Osmosis Songsang (RO) sebagai proses penapisan air. Proses ini menggunakan tekanan bagi menapis larutan melalui RO membrane filter sehingga 0.0001 mikron untuk menapis bahan berbahaya seperti bakteria, bahan logam seperti plumbum, arsenik, dan merkuri. Air tulen yang dihasilkan adalah yang paling bersih dan selamat.

ro membrane filter coway

Badan memerlukan air tulen yang bebas daripada bahan terlarut. Semua orang tahu buah pinggang adalah sistem penapis dalam badan. Kehadiran bahan bendasing dalam air akan masuk ke dalam darah dan ditapis di buah pinggang untuk disingkir dari badan.

Lebih tinggi jumlah bahan bendasing dalam air yang diminum, buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras untuk menyingkirkannya. Lama-kelamaan sistem buah pinggang semakin terbeban dan menyebabkan kerosakan.

Air tulen akan menyingkirkan bahan toksik berbahaya di dalam badan. Ia juga boleh tingkatkan daya ketahanan badan dan membuatkan kita berasa lebih segar selepas meminumnya.

Kelebihannya:

  • Bebas plumbum (penyebab tekanan darah, masalah saraf, kerosakan otot, kerosakan otak, anemia)
  • Saiz molekul air yang sangat kecil dan memudahkan penyerapan berbanding air biasa
  • Tapis cryptosporidium (penyebab kejang perut, demam & cirit birit, malnutrisi
  • Selamat untuk pesakit kanser
  • Air yang terbersih (elak masalah buah pinggang dan mencegah osteoporosis)
  • Air tidak berbau dan mempunyai rasa yang lebih baik

Penapis air coway yang menggunakan tapisan air tulen/ro ialah Neo Plus, Villaem 2, Glaze, OmbakLucy Plus & Core

Jenis Air #3: Alkali

Air Alkali adalah air yang telah mengalami proses elektrolisis iaitu penambahan ion hiroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti (sodium, kalium, magnesium dan kalsium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan pH dalam air.

ph alkali

Ia merupakan ejen antioksidan yang terbaik dimana berdasarkan kajian, sel kanser tidak dapat hidup dalam keadaan beralkali. Tambahan, ia membantu meneutralkan kadar asid berlebihan dalam badan dan menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan secara berterusan.

Coway menggunakan NF Membran filter (rod elektrolisis) pada model inception untuk menghasilkan air alkali yang mempunyai tahap pH 8.5, 9.0 & 9.5.

nf membrane filter

Model ini mempunyai dwi-fungsi yang menggabungkan sistem penapisan nano dan sistem alkali kepada 2 dalam 1 penapis air hibrid. Satu-satunya penapis air alkali di pasaran yang membekalkan air alkali bersuhu bilik dan sejuk.

Kelebihannya:

  • Kurangkan kolesterol dan tekanan darah
  • Detoks
  • Hidrasasi
  • Oksigenasi / Antioksida
  • Mengalkali pH dalam tubuh
  • Meningkatkan imunisasi
  • Menghilangkan bau dan sedapkan air
  • Mengurangkan berat badan
  • Mengurangkan asid refluks
  • Melazatkan makanan dan minuman
  • Meningkatkan proses pencernaan

Penapis air coway yang menggunakan tapisan air alkali ialah Inception.

Perbezaan

Berikut ialah perbezaan 3 jenis air coway iaitu mineral, ro dan alkali dari segi saiz penapis, penapis yang digunakan, bacaan TDS dan bacaan pH.

TDS (total dissolve solid) merupakan satu perimeter untuk mengukur kandungan pepejal yang terlarut di dalam air. Dari nilai tds ini, kita boleh tahu kualiti air sama ada boleh diminum atau tidak.

Nilai TDS dapat mempengaruhi rasa dan kualiti ait tersebut.

pH merupakan kadar ukuran bagi keasidan/kealkalian dalam suatu larutan.

beza-ro-alkali-dan-mineral-coway

Dapat dilihat bacaan TDS amat berbeza antara RO vs mineral/alkali. TDS atau jumlah pepejal terlarut adalah ukuran kandungan gabungan terlarut semua bahan organik dan bukan organik yang hadir dalam cecair.

Ini menyatakan bahawa RO telah membuang kesemua bahan organik dan bukan organik di dalam air nya. Secara tak langsung, ia selamat 99% dari segala logam berat yang ada walaupun sangat sedikit.

saiz partikel bendasing

Syarikat coway sangat komited dalam memastikan penapis air mereka melepasi ujian Water Quality Association (WQA) iaitu sebuah badan pakar air seluruh dunia dan SIRIM.

Coway juga memastikan kualiti air berada dalam pH 6.5-8.5ph yang selamat untuk diminum seperti yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO).

coway diiktiraf wqa

Secara tak langsung, mesin penapis air coway adalah berkualiti dan air yang ditapis adalah selamat untuk diminum dan digunakan.

Pengguna perlu bijak memilih jenis air mengikut kesesuaian masing-masing. Jangan bazirkan duit anda dengan memilih penapis air yang tidak sesuai dan salah.

Bukan apa, ada yang beli sebab terikut-ikut dengan orang lain sehingga membebankan diri sendiri (terpaksa bayar lebih setiap bulan).

Elakkan perkara sebegini dengan amalkan 5 tips pilih penapis air coway yang tepat dan betul.

Anda nak jimat banyak dengan penapis air coway? Anda wajib tahu 7 cara jimat sebelum beli penapis air coway.

Sekiranya anda ingin bertanya apa-apa sahaja mengenai produk penapis air dan udara Coway, boleh terus hubungi Aril di talian 013-905 0467 atau terus klik link wasap ini.

Aril Agen Sah Coway Malaysia

error:
KUPON DISKAUN RM200 + PASANG PERCUMA!