Jawab Isu Sijil Halal Coway 2020 | Coway Official
sijil halal coway

Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita 120 penapis air yang tidak mendapat pengiktirafan Sijil Halal JAKIM.

Seterusnya menimbulkan kebimbangan terhadap pengguna-pengguna Coway yang telah menggunakan produk coway dan juga bakal pengguna coway di luar sana.

120 penapis air tak halal

Isu sijil halal coway ini adalah isu penting dan perlu dijawab dengan segera.

Soalan 1: Adakah penapis air coway semuanya mempunyai sijil halal dari Jakim?

Sememangnya produk penapis air coway semuanya diiktiraf halal luar dan dalam. Bukan sahaja daripada bahan pembuatan produk tetapi juga penapis (filter) dan bahan pembuatan filter itu sendiri semuanya halal.

Coway telah bekerjasama dengan pihak JAKIM daripada tahun 2010. Lebih dari 9 tahun produk Coway diiktiraf halal oleh Jakim!

Pada tahun 2017 dan 2019, Coway telah menerima anugerah Asia Halal Brand kategori Heritage. Ini bermakna penapis air coway disahkan halal oleh pihak Jakim.

asia halal brand award coway 2019

sijil asia halal brand award coway 2019

Soalan 2: Sijil halal coway dari jakim telah tamat tempoh, apakah penyebab kepada penangguhan pembaharuan sijil ini?

Coway telah pun menghantar permohonan kepada Jakim untuk memperbaharui sijil halal pada 6 December 2019. Permohonan ini mengambil sedikit masa kerana Jakim telah memperkenalkan satu proses baru dan lebih ketat sejak dari October 2019.

Coway juga telah menubuhkan ‘Halal Committee’ bagi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh halal jakim. Bagi pihak jakim pula, mereka perlu melakukan pemeriksaan dan audit terhadap semua produk coway yang terdapat di pasaran Malaysia sekarang ini.

Seperti yang diketahui, sijil halal coway telah tamat tempoh pada 31 December 2019.

sijil halal coway jakim

sijil halal coway jakim 1

sijil halal coway jakim 2

Soalan 3: Adakah produk penapis air coway masih boleh digunakan di rumah?

Sememangnya boleh digunakan! Isunya hanyalah tarikh baru sijil halal dan pembaharuan telah pun dalam proses oleh pihak Jakim. Selain itu terdapat lebih 33 unit produk coway yang masih lagi digunakan oleh badan-badan yang diiktiraf.

Sekiranya anda masih ragu-ragu mengenai status halal coway, anda boleh hubungi pihak jakim sendiri iaitu di:-

Halal Hub Division, Jakim
Hotline: 03 – 88925000
Application Number: JAKIM-20191206-082902

JAKIM mengeluarkan sijil Halal kepada Coway setiap tahun berbanding 2 tahun sekali sebelum ini, bermaksud Coway amat mengambil berat tentang isu Halal kepada umat Islam di Malaysia.

coway diiktiraf jakim

Aril harap isu halal produk coway ini tidak perlu dipertikaikan lagi sebab dari 2010 Coway dah ada sijil Halal dan Coway sendiri tak ada campur dengan mana-mana produk OEM (Original Equipment Manufacture) dimana proses pembuatan produk untuk pihak lain.

Jangan mudah tertipu dengan mana-mana jenama diluar sana. Aril tak tuju kepada semua, tapi ada segelintir yang gunakan nama untuk tambah keyakinan pelanggan.

Pilihlah produk Coway diyakini BERKUALITI, BERSIH & HALAL!

Sekiranya anda ingin dapatkan khidmat nasihat mengenai produk penapis air dan udara Coway, boleh terus hubungi Aril di talian 013-905 0467 atau terus klik link wasap ini.

Aril Agen Sah Coway Malaysia

error:
DISKAUN RM200 + PEMASANGAN PERCUMA!