Benarkah Air Coway Tak Bersih | Coway Official
kilang pengilangan penulen air coway

Timbul desas desus yang mengatakan air coway tak bersih dan selamat untuk diminum. Adakah ia benar?

Ada satu soalan yang perlu dijawab terlebih dahulu sebelum menjawab persoalan ini.

Sekiranya air coway tidak bersih dan selamat, bagaimana syarikat Coway boleh bertahan hingga hampir 13 tahun sejak dari 2007 dan kini mempunyai 1.3 juta pengguna di Malaysia?

WQA (Water Quality Association) sebagai program perakuan rawatan air minum yang paling diiktiraf di dunia, perakuan Gold Seal dari WQA menandakan Coway sebagai pengeluar sistem air minum berkualiti yang boleh dipercayai dan diharapkan.

logo wqa

Hanya produk yang lulus keperluan pengujian standard industri yang rapi, pengilangan tahunan, audit kemudahan dan mematuhi Skim Pensijilan WQA boleh disenaraikan dalam senarai produk yang diakui WQA.

Disamping itu, Coway sentiasa memastikan produknya mendapat pengiktirafan sijil Halal Jakim sejak 2010 hingga kini.

produk coway halal jakim

Antara faktor penting yang dapat membuktikan bahawa air coway ini benar-benar bersih daripada segala logam berat adalah TDS (Total Dissolved Solid) atau bahasa melayunya Jumlah Pepejal Terlarut.

TDS adalah satu perimeter untuk mengukur kandungan pepejal yang terlarut di dalam air. Melalui bacaan TDS inilah kita dapat mengukur kualiti air ataupun air boleh diminum ataupun tidak.

bacaan tds air coway

Nilai TDS haruslah diperhatikan kerana ia dapat mempengaruhi rasa dan kualiti air tersebut. Nilai TDS terhadap kualiti air adalah seperti berikut:-

tahap kualiti air mengikut tds

Dapat dilihat bahawa air osmosis songsang (RO) mempunyai kualiti yang sangat baik dan tahap TDS  paling rendah berbanding jenis air yang lain.

Inilah sebab mengapa Coway menghasilkan penapis air hampir kesemuanya mempunyai tapisan RO kecuali model neo (mineral), harry (mineral) dan inception (alkali).

Jom kita lihat pula TDS bagi setiap jenis air coway yang terdiri daripada RO, Mineral & Alkali.

tahap tds jenis air coway

Ini menunjukkan bahawa kualiti air mineral dan alkali coway masih berada pada tahap yang baik.

Bacaan TDS ini boleh dipengaruhi bergantung kepada sumber air pengguna itu sendiri.

Mari lihat pula tahap PH bagi setiap jenis air coway ini. Adakah tahap ph kualiti air coway ini selamat untuk diminum?

tahap ph air

PH merupakan kadar ukuran bagi keasidan atau kealkalian sesuatu larutan. Berikut adalah PH bagi setiap jenis air coway:-

tahap ph air coway

PH yang selamat untuk air minuman ialah pada skala ph 6.5-8.5 seperti yang ditetapkan oleh SIRIM & WHO (World Health Organization).

tahap ph air who boleh diminum

Dapatan dari bacaan TDS dan PH jelas menunjukkan bahawa air coway benar-benar bersih dan selamat untuk diminum. Ini disokong lagi dengan pemberian sijil dari pakar badan diiktiraf kualiti air iaitu WQA.

Sekiranya anda ingin dapatkan khidmat nasihat mengenai produk penapis air dan udara Coway, boleh terus hubungi Aril di talian 013-905 0467 atau terus klik link wasap ini.

Aril Agen Sah Coway Malaysia

error:
DISKAUN RM200 + PEMASANGAN PERCUMA!