Kerusi Urut Mine Coway | Coway Official
Sale!

Kerusi Urut MINE

(2 customer reviews)

Original price was: RM120.00.Current price is: RM105.00.

Warna : Champagne Beige, Rose Brown, Ink Black
Jenis Kulit : Leather
Voltan : 220 – 240 V
Penggunaan Tenaga (W) : 130
Dimensi (W x D x H) : 740 x 1250 x 1030 mm
Berat bersih : 58.5 kg

Belian: RM6,000 / Sewabeli: RM120 Sebulan

Description

Kerusi Urut Mine Coway ialah pilihan ideal untuk anda yang menginginkan urutan badan yang lengkap, selesa dan moden secara terus dari rumah sendiri. Dengan rekaan padat, teknologi canggih dan fungsi urutan menyeluruh, ia bukan sekadar kerusi urut, tetapi satu pengalaman rehat premium untuk tubuh dan minda.

Reka Bentuk Padat & Jimat Ruang

Mine direka khas untuk kediaman moden yang mahukan gaya minimalis. Saiznya padat dan mudah alih, sesuai untuk ruang kecil seperti bilik tidur atau ruang tamu. Walaupun kecil, prestasinya setanding dengan kerusi urut bersaiz penuh.

Urutan Menyeluruh dari Kepala ke Kaki

Dengan SL Track sepanjang 120cm, kerusi ini memberi urutan menyeluruh dari leher, bahu, belakang, pinggang, peha, betis hingga ke tapak kaki. Dilengkapi dengan foot rollers dan beg udara (airbags) untuk urutan tapak kaki yang melegakan.

12 Mod Urutan Profesional

Kerusi ini menawarkan 12 mod urutan automatik dan manual yang disesuaikan mengikut keperluan – antaranya mod Relax, Sleep, Power, Neck & Shoulder, Waist dan banyak lagi. Anda boleh pilih ikut keselesaan dan waktu harian dari segar pagi ke rehat malam.

Teknologi Body Scan & Zero Gravity

Mine dilengkapi dengan sensor pengimbas badan untuk pastikan urutan tepat mengikut bentuk badan anda. Tambahan pula, ia mempunyai 2 tahap fungsi Zero Gravity dengan posisi berbaring yang memberi rasa ringan dan sangat selesa ketika diurut.

Pemanas Lutut & Kawalan Penuh Di Kerusi

Mine adalah kerusi urut pertama bersaiz padat di Malaysia yang ada fungsi pemanas lutut dimana ia membantu melegakan otot dan sendi. Semua fungsi boleh dikawal terus dari panel kawalan terbina di sisi kerusi, sangat mudah digunakan.

Lengkap dengan Speaker Bluetooth & USB Port

Untuk pengalaman lebih santai, Mine hadir dengan pembesar suara Bluetooth, port USB, dan poket letak telefon dimana anda boleh mendengar muzik sambil mengecas telefon ketika menikmati urutan.

Rehat Berkualiti Kini Di Rumah Anda

Kesimpulannya, kerusi Urut Mine Coway adalah gabungan sempurna antara teknologi, keselesaan dan gaya moden. Direka untuk mereka yang mahukan relaksasi premium tanpa perlu keluar rumah, ia sesuai untuk semua golongan dari ibu bapa yang sibuk, pekerja pejabat hingga warga emas.

Dengan ciri-ciri canggih dan harga mampu milik, Mine adalah pelaburan untuk kesihatan tubuh dan ketenangan fikiran anda.
Rehat bila-bila masa, urut bila anda perlukan.

2 reviews for Kerusi Urut MINE

  1. Amirul Radzuan

    Kerusi urut dengan design dan saiz slim berbanding jenama lain. Muat untuk masuk pintu bilik tidur. Jika saiz terlalu besar. Mungkin hanya boleh diletakkan di ruang tamu sahaja. Ada speaker bluetooth. Mengurut sambil mendengar alunan muzik. Rasa santai macam saya pergi spa urutan yang pasang bunyi²an tu. Ada fungsi heater. Pengimbas postur badan tu antara fungsi yang memang bijak. Design & pilih warnanya boleh blend dengan interior rumah. Saiznya tak makan ruang. Itulah selling point yang paling win sekali. Fungsi urutannya lengkap dari belakang kepala sehingga bawah kaki. Terbaik BEREX MINE.

  2. Abdul Kadir b Rasiman

    Ok bermanfaat

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…

error:
KUPON DISKAUN RM200 + PASANG PERCUMA!