Penggunaan penapis air coway masa kini menjadi sangat popular kerana masyarakat semakin cakna tentang kesihatan tubuh badan mereka. Mereka mula prihatin terhadap kualiti bekalan air yang masuk ke dalam kediaman mereka.
Sehingga kini tahun 2023, bilangan pengguna penapis air coway di Malaysia telah mencapai hampir 3 juta pengguna! Tahniah diucapkan kepada coway malaysia!
Pada tahun 2020 ketika artikel ini diposting, coway telah mencapai 1 juta pengguna. Ini menunjukkan peningkatan yang agak drastik dalam tempoh yang singkat.
Majoriti pengguna menggunakan penapis air coway bertujuan untuk memastikan kualiti air bersih dan selamat diminum seisi keluarga daripada bahan cemar, klorin, karat dan logam berat. Semua penapis air coway diyakini HALAL dan mempunyai sijil dari JAKIM sendiri.
Disamping itu, penggunaan penapis air juga dapat menyingkirkan rasa payau pada air dan juga untuk menyahkan warna atau bahan bendasing (logam berat) didalamnya.
Apabila anda ingin memilih penapis air coway sebagai pilihan anda, anda perlu tahu model penapis air manakah yang tepat mengikut keperluan dan kehendak anda.
Di Coway, jumlah model penapis air adalah sebanyak 12 model termasuk penapis air luar bamboo.
Disini aril kongsikan 5 tips bagaimana nak pilih model penapis air coway 2023 yang terbaik.
1) ISI RUMAH
Soalan pertama sekali yang biasa aril akan ajukan kepada anda ialah berapa isi rumah?
Jumlah isi rumah ini sangat penting supaya dapat bekalkan air yang mencukupi ke dalam rumah.
Setiap penapis air coway mempunyai kapasiti tangki yang tersendiri. Dari saiz kecil, sederhana hinggalah ke besar. Anda perlu tahu berapa kapasiti tangki setiap penapis air ini.
Semakin besar kapasiti tangki air, semakin besar isi rumah yang boleh ditampung.
Boleh rujuk kapasiti tangki setiap model penapis air coway dibawah ini.
Jika dilihat senarai diatas, Penapis air coway yang ‘direct flow’ iaitu Mate & Kecil ni menggunakan teknologi direct tanpa tangki (tankless). Air masuk dan terus ditapis dan terus diminum tanpa perlu ditapis masuk kedalam tangki terlebih dahulu.
Tangki yang paling kecil ialah model Ferry dengan kapasiti 3.5L dan yang paling besar ialah model Core iaitu dengan kapasiti 21.1L.
Kemampuan penapis air untuk menampung seisi rumah dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan berikut:-
Isi rumah KECIL
5 Liter – 1-5 orang (Mate, Ferry, Neo Plus, Kecil, Glaze, Inception)
Isi rumah SEDERHANA
10 liter – 5-10 orang (Villaem 2, Harry, Ombak, Lucy Plus)
Isi rumah BESAR
20 liter – 10-20 orang (Core)
Sekarang sudah tentu anda semakin jelas kumpulan mana yang anda duduki dan apakah model penapis air coway yang sesuai untuk anda dan keluarga.
Penapis air luar Bamboo tidak mempunyai tangki dan tidak dipasang di dalam kediaman dan bukan untuk diminum. Ia hanya menapis kotoran sebelum memasuki ke dalam kediaman.
Jika anda memerlukan air yang bersih untuk penggunaan seisi rumah termasuk mandi, masakan, membasuh dan sebagainya, ini model pilihan anda.
Pemilihan ini bergantung juga kepada situasi yang tidak dijangka seperti kawan atau sedara mara selalu datang ke rumah. Mungkin juga anda nak guna untuk mandikan anak apabila ketiadaan air.
Ataupun anda selalu buat kenduri atau majlis di rumah sekaligus memerlukan air yang banyak pada masa tersebut.
Ini mendorong anda untuk buat keputusan yang lebih tepat dengan mengambil yang besar sedikit kapasiti tangkinya jika situasi ini berlaku. Harus diingat ya bahawa pelaburan ini adalah untuk jangka masa panjang.
Jom kita lanjut ke tips yang seterusnya iaitu pemilihan suhu.
2) SUHU
Suhu adalah faktor penting apabila memilih penapis air. Kebiasaan pengguna hanya mahu ada air sejuk, panas dan suhu bilik (biasa) pun sudah mencukupi bagi mereka. Ada jugak mereka yang tak mahu air panas dan sejuk tetapi sekadar mahu air suhu bilik sahaja.
Jom kita lihat senarai penapis air coway beserta dengan suhu yang ada iaitu biasa, panas, sejuk, sejuk +, suam dan ais.
Dengan bantuan jadual ini, anda lebih jelas penapis air beserta suhu yang ada. Anda boleh pilih suhu mana yang anda perlukan.
Penapis air coway bukan sahaja dilengkapi hanya 3 suhu asas (panas, sejuk, biasa) sahaja, tetapi ada juga modelnya yang mempunyai suhu tambahan seperti suam, panas boleh laras, sejuk + (sejuk 2 kali ganda dari biasa) dan ada yang mampu hasilkan ketulan ais.
Suhu SUAM yang ada pada Kecil, Villaem 2 & Ombak sangat sesuai untuk mereka yang ada ank kecil masih menyusu. Anda boleh buat susu bayi sepantas 10 saat. Yelah kadang-kadang susu yang kita buat terlebih panas.
Dengan adanya suhu suam ini, tiada lagi masalah tersebut dan tak perlu susah payah campur air sejuk dan panas.
Suhu SEJUK + bagi peminat air sejuk! Anda antara peminat air sejuk? Coway datangkan khas untuk anda penapis air Glaze sejuk dari biasa iaitu serendah 4.4 darjah celcius.
Tahap kesejukan air ni umpama seperti ais di dalam peti sejuk!
Ketulan AIS sebanyak 1kg dalam satu masa yang ada pada Lucy Plus pulak bagi peminat minuman berais yang menyegarkan. Boleh buat air oren, laici, sirap, ribena dan macam-macam lagi. Balik kerja je minum ais coway ni terus hilang rasa dahaga.
Aril amat pasti yang sekarang ni anda sudah ada senarai pendek penapis air mengikut isi rumah dan suhu yang diperlukan.
Mari lihat tips seterusnya iaitu jenis tapisan air yang ada pada setiap penapis air ini.
3) JENIS TAPISAN AIR
Penapis air coway mempunyai 3 jenis tapisan air iaitu air mineral, ro (tulen) dan alkali.
Anda boleh lihat perbezaan air mineral, ro & alkali.
Setiap orang mempunyai citarasa sendiri sama ada minat kepada air mineral atau RO. Manakala air alkali pula menjurus kepada merawat masalah asid tinggi di dalam badan.
Mari kita lihat pula senarai penapis air beserta jenis tapisan air.
Kebanyakan penapis air coway adalah dari tapisan RO. Ini disebabkan air yang tidak ditulenkan masih mempunyai logam berat dimana boleh meningkatkan beban kepada buah pinggang.
Tapisan RO ini akan menyingkirkan hampir kesemua bahan toksik di dalam air.
Air yang tidak dirawat yang dimasak atau diminum mempunyai mikro organisma yang berbahaya dan kuman kecil dimana boleh membawa risiko kesihatan.
Memasak air yang tidak dirawat belum cukup untuk membuang logam berat dan bahan bukan organik di dalam air.
Dah tahu nak pilih jenis tapisan air yang mana satu? mineral, ro atau alkali? Jika aril diberi pilihan, sudah tentu lah aril pilih air ro! 99% tulen bebas daripada sebarang unsur logam berat.
Sebab lain aril pilih ro? Mineral ada 2 jenis 1) organic 2) inorganic.
Organic mineral yang diperlukan sumbernya daripada makanan dan jugak daripada sayuran yang diambil setiap hari. Inorganic mineral yang terdapat dalam air dan tanah. Organic ni banyak kuantiti manakala inorganic sedikit. Jadinya mineral dalam air ni kuantitinya sangat sedikit.
Aril nak kongsikan satu lagi penapis air ni. Model Inception ni adalah satu-satunya model penapis air coway yang menghasilkan tapisan air alkali.
Ia bukan sahaja menghasilkan air alkali, ia juga dilengkapi dengan air tapisan mineral untuk minuman sekeluarga. Jadi anda boleh dapat 2 jenis air dalam 1 mesin ini.
Apa kelebihan air alkali ni? Buat mereka yang mempunyai asid yang tinggi dalam badan seperti penghidap kencing manis, darah tinggi, gout, gastrik dan banyak lagi penyakit berkaitan boleh amalkan air alkali untuk neutralkan semula asid dalam badan kita.
PH air alkali ini bermula 8.5ph – 9.5ph. Dan yang uniknya, ia adalah satu-satunya penapis air alkali yang mempunyai suhu sejuk. Ya! anda minum air alkali dengan kurang rasa payau disebabkan suhu yang sejuk tanpa menjejaskan kualiti air tersebut.
Ok jom kita lihat pula beberapa model popular dan terlaris dijual setiap hari di coway!
4) MODEL POPULAR TERLAJAK LARIS
Lazimnya, prospek akan dicadangkan dengan model yang popular dan terlaris coway di pasaran. Majoriti mereka mempunyai masalah dan penyelesaian yang hampir sama dari segi bajet dan keperluan.
Tak kurang juga model yang baru dilancarkan mempunyai permintaan yang tinggi disebabkan ianya sudah tentu dilengkapi teknologi yang lebih canggih dan moden.
Aril sentiasa mengemaskini promosi penapis air terbaru coway 2023.
Jom kita lihat 5 model penapis air coway yang sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia!
a. NEO PLUS
Tidak asing lagi model Neo Plus ini adalah model yang paling laris menerima tempahan setiap hari disebabkan harga yang mampu milik dan dilengkapi dengan 3 suhu asas iaitu panas, sejuk dan biasa.
Bilangan keluarga yang kecil tidak melebihi 5 orang sangat sesuai dengan penapis air ini. Neo plus menggunakan tapisan RO yang diyakini tulen dan bersih.
Sekarang coway menawarkan promosi hebat serendah RM65 sahaja bulanan! Promosi berterusan sehingga habis stok.
Dengan neo plus ini, kerja anda di dapur menjadi sangat mudah. Tak perlu isi air dalam jag air. Ambik air dan terus minum. Pasti anda tidak sesekali menyesal memiliki model ini!
Nak tahu lebih lanjut lagi boleh lihat di Kelebihan Coway Neo.
b. VILLAEM 2
Penapis air coway Villaem 2 juga antara model yang popular di pasaran sekarang ni. Dengan pelancaran versi yang terbaru ini, reka bentuknya lebih moden dan canggih dan kekal dengan fungsi 4 suhu termasuk air suam.
Sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil untuk bancuh susu bayi sepantas 10 saat. Ia sesuai untuk jumlah keluarga yang sederhana disebabkan kapasiti tangkinya adalah 2 kali ganda besar dari Neo! Jumlah tampungan adalah dari 5-10 orang dalam satu masa.
Villaem 2 menggunakan tapisan RO dimana airnya 99% diyakini bersih dan selamat dari logam berat. Air mudah menyerap masuk ke dalam tubuh badan dan tidak membebankan buah pinggang. Juga sangat sesuai untuk golongan yang sudah berusia.
Nak pilih neo plus atau villaem 2? Jika anda nak jimat, neo plus jawapannya. Jika nak berbaloi, villaem 2 adalah pilihan tepat anda.
Nak tahu lebih lanjut lagi boleh lihat di Kelebihan Coway Villaem 2.
c. OMBAK
Ombak adalah satu-satunya model yang coway cipta khas untuk rakyat Malaysia. Penapis air Ombak ini mula mendapat tempat di hati pengguna disebabkan reka bentuk yang moden dan canggih.
Nak tahu sebab apa coway reka model ombak ni? Disebabkan mereka tahu permintaan terhadap air panas di malaysia adalah tinggi. Mak atau ibu kita sentiasa perlukan air panas ini untuk tujuan tertentu.
Justeru, ombak direka dengan mempunyai tetapan suhu (degree celcius) yang boleh dipilih iaitu 40 (susu bayi), 50 (baking), 60 (teh), 80 (kopi), 90 (maggi).
Kerja di dapur menjadi sangat mudah dan senang dan model ini menjadi pujaan hati setiap wanita di luar sana.
Bukan sahaja mempunyai rekaan yang premium dan eksklusif tetapi juga mempunyai tangki yang besar. Boleh buat mandi anak, membasuh, masak nasi, bekalan simpanan air jika ada masalah air dan macam-macam lagi.
Nak tahu lebih lanjut lagi boleh lihat di Kelebihan Ombak Coway.
d. KECIL
Kita tahu bahawa model neo plus menawarkan harga mampu milik, coway juga menyasarkan model Kecil sebagai pilihan kedua dan ia turut menawarkan promosi dengan harga yang lebih jimat bawah RM100 bulanan.
Apa yang menarik mengenai kecil ini? Kecil ni sangat sesuai untuk kediaman yang mempunyai ruang dapur yang agak terhad seperti pengguna yang tinggal di rumah flat, condo, apartment.
Penapis air kecil ini menggunakan teknologi direct tanpa tangki (tankless) dan menawarkan 5 pilihan suhu (biasa, panas, kurang panas, sejuk, suam). Anda boleh ambil air panas dan biasa tanpa had!
Sekarang coway menawarkan promosi hebat serendah RM77 sahaja bulanan! Promosi berterusan sehingga habis stok.
Sudah tentu ruang dapur anda menjadi lebih teratur dan kemas dengan adanya kecil ini. Kecil tapi pintar! itulah yang boleh digambarkan oleh model ini.
e. CORE
Model Core ini mempunyai kapasiti tangki yang paling besar iaitu 21.1 liter. Dilengkapi 3 suhu asas iaitu panas, sejuk, biasa. Boleh tampung seramai 20 orang dalam satu masa.
Banyak digunakan di rumah, pejabat, asrama, tahfiz, masjid, kedai, restoran, klinik, hospital dan banyak lagi bangunan-bangunan kecil mahupun besar.
Harganya yang berpatutan menjadikan model ini antara pilihan yang popular.
Ada juga yang letak model Core ini di rumah disebabkan mempunyai bilangan keluarga yang besar. Selalu buat perjumpaan di rumah dengan kawan, sedara mara dan keluarga.
Jadi tak perlu risau masalah air akan habis disamping dapat menikmati air tulen yang diyakini bersih dari tapisan RO.
Nak tahu lebih lanjut lagi boleh lihat di Kelebihan Coway Core.
5) BAJET
Bajet adalah faktor yang paling penting sekali dalam pemilihan penapis air yang sesuai. Harga penapis air coway bermula RM65 sehingga RM190 bulanan dengan kontrak selama 5 tahun.
Manakala untuk belian tunai adalah bermula RM2200 sehingga RM8000 dengan servis percuma selama 2 tahun.
Anda nak pilih sewa beli vs tunai? Masing-masing ada pro dan kontra mengikut bajet masing-masing. Anda boleh jimat banyak dengan kaedah belian tunai.
Tetapkan bajet anda terlebih dahulu. Dibawah ini aril senaraikan harga sewa beli dan belian tunai setiap penapis air coway mengikut bajet anda.
Apapun pemilihan yang dibuat, perlulah tengok bajet dahulu agar tidak susah dikemudian hari. Pastikan anda mampu untuk bayarnya setiap bulan tanpa gagal.
KESIMPULAN
Keputusan pemilihan penapis air coway ini sepenuhnya bergantung kepada penggunaan harian anda. Semoga anda dapat nikmati air yang bersih dan selamat untuk keperluan harian anda.
Anda boleh gunakan 5 tips pilih penapis air coway 2023 yang aril kongsikan ini untuk buat keputusan yang lebih tepat dan terbaik.
Anda nak jimat dengan promosi terbaru coway 2023? Anda wajib baca 7 cara jimat sebelum beli penapis air coway.
Sekiranya anda ingin bertanya apa-apa sahaja mengenai produk penapis air dan udara Coway, boleh terus hubungi Aril di talian 013-905 0467 atau terus klik link wasap ini.
- January 10, 2020
- Penapis Air, Tips