Description
Penapis Udara Captain Coway merupakan model terbaru yang 30% lagi cepat menyedut dan pantas pengaliran udara berbanding model yang lain.
Fungsi Dual Air Intake menghasilkan sedutan yang sangat kuat menyedut udara kotor di bahagian kanan dan kiri.
Bukan itu sahaja, Captain Coway mempunyai dua sistem penapisan udara dalam satu unit penapis udara dengan jumlah 8 pelapis yang digunakan (4 kanan & 4 kiri).
Udara segar dan nyaman akan keluar melalui bahagian atas sekaligus melitupi ruang udara dengan angin yang bersih tanpa kotoran.
Reka bentuk model ini sangat menarik dan tertarik berkonsepkan moden. Sangat sesuai untuk diletak di ruang tamu atau bilik.
Penapis udara captain coway juga mempunyai HAZE Mode (jerebu) dan 4 kelajuan kipas angin yang boleh dipilih mengikut kadar yang diinginkan oleh pengguna.
Selain hanya menggunakan 27 watt elektrik, dan ada fungsi ‘ECO Mode’ untuk bantu jimatkan penggunaan elektrik dirumah atau pejabat, ia juga mempunyai ‘CHILD LOCK Mode’ untuk elakkan kanak-kanak bermain dekat papan kekunci pada model ini.
Jadi anda akan rasa rugi jika tak dapatkan model penapis udara yang hebat ini iaitu captain coway. Model ini adalah antara pilihan popular rakyat malaysia. Harga jauh lebih berpatutan.
4 LANGKAH PENAPISAN
Azwaan Bin Zakariah –
Alhamdullilah servis yang pantas dari Tuan Aril dalam menjawab segala pertanyaan berkenaan penapis udara Captain. So far pakai rasa udara semakin nyaman dan tiada lagi nampak bulu anak-anak bulus berterbangan di udara. Mantap
MOHD akmal –
Alhamdullilah..pemasangan penapis Udara captain telah selamat dipasang oleh pihak coway…terima kasih pihak coway especially tuan Aril